Wednesday, February 13, 2008

Trip To Bromo, and Surabaya.(uodated wif pics)

with words we can conquer the worldwith words we can conquer the world

Sorry..entry ini amat lah tidak up to date.tetapi tidak mengapa, sbb memorinya masih segar dalam ingatan.hehe. Ok JAdi pada hari Khamis yg lalu bermula perjalanan kami jam 6.30 ptg dari Narita fotokopi. Kami naik Travel. Travel ni macam van yg boleh dimuati sebanayak 7 penumpang. Jadi ada 3 travel semuanya

Travel 1: Doyot, K.jim, Belle, Iman, Toy, and Aini
Travel 2: Anep, Isa, Dikky, Hamid dan Idris
Travel 3: NK, Aziz, Jeremy, Kukhan, Swarna,and Geetha

Persediaan. Jadi untuk persediaan, saya pon membawak 2 helai baju jalan2 ngan selai sluar.hehe.Maklum la pakai back pack.2 hari je plak tu. Ye, dan saya wajib membawa ubat AntiMo atau ubat tahan muntah, sbb ia perjalanan yg jauh. Makanan.Adela cekedis sebungkus dua. Dan SPAGHETTi..hehe.bebudak Sendowo bawak Sardin. So saya bawak Spaghetti je, sbb tu la yg paling senang nak di masak n bawak.hehe.

Setelah semua orang berkumpul kat Fotokopi Narita and Toko Bali, kami pon bertolak pergi lebih kurang jam 7. haha..Baik betol pakcik yg bawak van kitorg tu. Sebelum kitorg bertolak dia suruh sumer org doa sama2 semoga perjalanan selamat.hehe. Ye, mmg patut berdoa pon, siapa tau, ajal maut kan di tgn Tuhan. Nak dibuat cerita plak, pakcik driver tu bawak van ala Michael Schumacher plak tu..Adoii..Laju dan horror.mcm naik Roller Coaster..sEriyes x tipu. Memandangkan saya telah makan ubat anti Mo, maka saya berupaya tidur dengan nyenyaknya dalam van tu. Tapi bile sekali2 bukak mata, terus nampak kereta datang dari depan la, nak langgar org la.baik tido je..ahaha..ok2..pendek kan je la citer ni. So dalam perjalanan ada several R&R. Sila jgn bayangkan RnR mereka mcm kat tepi jalan PLUS tu. tidak.ianya lebih kepada Restoran2 kecil untuk pemandu2 melepaskan penat dan makan.huhu.

Destinasi pertama kami ialah ke Gunung Bromo untuk melhat Sunrise kengkonon. kemudian ke Taman Safari 2 dan Surabaya. Tujuan asalnya jugak nak lawat kebon apel.Tapi...

Girls yg pergi in this trip

Kemudian, kami pon sampai la Bromo dalam pukul 4.15 pagi.waah..mmg GELAP DAN SEJUK.seriyes lagi sejuk dari Genting woo..asap boleh kluar dari mulut.ni bukan asap rokok, tapi sbb sejuk giler... Tapi itu baru sampai di kaki gunung, belom naik lagi. nak naik tu kena pakai Jip. Sbb jalan nak naik tu amat la horror. So Jip pon di sewa dgn bayaran 80 ribu seorg. satu Jip boleh muat 6 org.Dan apabila kami sampaki di lokasi melihat Sunrise, matahari pon dah muncul, and kabus dah tebal. Sayang sbb x dapat lihat Sunrise. amik gambar sesiket di tempat lihat sunrise.kabus sgt tebal..nasib baik nampak saya.hehe

, dan perjalanan diteruskan ke Bromo. Gunung Bromo ialah gunung berapi yg aktif.waah..serius bau Sulfur dia sgt menyengat hidung. Nak naik Gunung Bromo plak kena naik pakai kuda.kalo naik pakai kaki mmg pengsan la korang jawabnye.tangga menuju ke kawah Gunung Bromo..tinggi tau..penat..kuda yg bawak naik ke puncak Gunung Bromo..huhu..takut la saya nak kuda..

ni balik dari tgk Sunrise..seronok tgk hijau..hehehe..ni bukit je, nak menuju ke lautan Pasir.

Setelah ke Bromo, kami ke lautan Pasir. kat sini x de menda pon, ade Pasir je. tapi sbb ada pemandangan Gunung, si jadik lebih indah la pasir2 tersebut. Dah habis jenjalan di pasir, kami gerak ke Taman Safari II. Taman Safari I kat Bogor. nanti2 lah gi sana ek.hehe. So kat Taman Safari ni, mmg ada binatang yg berkeliaran dengan bebas.Best sbb dapat tgk Ilama secara live. Slalu tgk kat dalam citer kartun Kuzco je.huhuh . First time sbnrnyer gi Safari. So rasa cam jakun sket, tgk binatang lari kat kitorg yg dalam kereta ni. Kitorg bagi dia mkan carrot. tak sampai suku perjalan pon, carrot dah habis dah..huhu.

Dah puas tgk binatang baru la kami gerak ke Surabaya. Sampai Surabaya tidur di Hotel Cendana. 3 Star hotel tu.haha.Seb baik semalam je tido sana. makan pon ok la.hehe.Malam dah tak larat nak gi memana. Tido la sampai besok pagi. Dalam satu bilik 3 org. Ada Saya, Aini n K.ji. ada org tu ngigau.Sape la agaknye kan. nasib baik aku tak lari gi bilik org lain.hahaha.

Tapi kat Surabaya ni basically ade mall je. So x de pape sgt la.Baru pergi 3 mall out of 7 mall yg utama.hehehe. Besar giler mall die. nak kata mcm Mid Valley pon boleh tahan la.Ada JcO. Aku borong satu dozen Jco. Mmuahaha..ni kes tamak tapi tak rugi la. yela dtg sekali sekala, borong la setiap satu perisa. lain kali datang lagi ek..hehe.ok la tu je kot. Setelah diperpendekkan jalan cerita aku yg x berapa adventure ke Malang n Surabaya ni. ...ok.chow chin chow..

p/s: gambar lihat di Fotopages

3 comments:

Muhajirah said...

bestnye jalan-jalan.doyot, nape takleh tgk gambaq2nya pun di fotopages?hehe

doyot said...

tu lah..fotopages pon sengal jugak..aku dah penat2 upload..tetiba x leh view plak..ke aku yg sengal pon x tau la ek..hehehe

Muhajirah said...

kude dan doyot.doyot dan kude.hehe.comel