Monday, February 11, 2008

Sihat sbelum sakit

with words we can conquer the world

ok, i suppose to type and post this entry yesterday(monday), but due to some halangan, i left it half way..ermm..semalam mcm excited nak citer, hari ni cam x excited plak..uhuhu..okla..sambung je la kan..

Hari ni (smlm la tu) saya telah pergi 2 tempat org sakit iaitu, PUSKESMAS aka Pusat Kesihatan Masyarakat, Hospital Panti Rapih..waah..sape sakit..tak, bukan saya sakit..Saya ke Puskesmas semalam disebabkan oleh Skills Lab. Jadi di Puskesmas ni, saya akan mempraktikkan teori yg telah dipelajari kepada patient yg datang.. Jadi semalam, saya, Phaik Hsia, Dan Kepam ditempatkan satu bilik untuk memeriksa patient..uihh.. Syok giler..seriyes..Rase macam jadik Dr betol plak..hehehe..1st patient yg kitorg dapat is pesakit budak kecil, Adik A la saya bagi nama, So adik A ni ada gatal2..dan didapati gatal satu badan. So kitorg pon tanya punya tanya, baru dapat satu kesimpulan, dia allergy kat seafood..huhu..sbb slalunya allergy disebabkan keturunan jugak, dan didapati mmg nenek dia pon allergy jugak..

2nd patient, makcik ni, hipertensi. Rupa2nya datang sbb nak cek je blood pressure die..waah, ni 1st time, saya dapat cek blood pressure patient hipertension..Selama ni asyik cek org normal je. Ni tetiba ambik kau 160/90 Kalau org normal slalunya 120/80 atau 110/70 depends jugak saiz badan.hehe..kalo kecik macam saya slalu 110/70..At first makcik ni nampk mcm x konfiden ke x selesa ke tak tau la..tp she felt a lil bit reluctant at first..huhu..but after our Dr had convenced her that it's ok and there's nothing to be worried, then only she proceed..hehe..Dan ye..satu pesanan kepada saya dan bakal2 Dr di luar sana..sila jangan pandang enteng pengetahuan patient.sbb kadangkala mereka lebih mengetahui..eheh..betoll..sbb makcik ni, die boleh hafal and sebut satu2 ubat yg die ambik dengan betol dan tepat..perghh..salute la ini makcik..

3rd patient plak, seorg pakcik ni, die bawak anak die sbb gatal2 kat kaki n bengkak..sian Pakcik ni, nampka kelam kabut je masa bawak anak die. ye la..sapa x sayang anak kan..Dia nampk mcm cemas gila..Tapi penting untuk Dr bersikap tenang..jadi saya pon berlagak biasa, bukan tidak mengambil peduli, tapi tak nak patient berasa lebih cemas dan ketakutan. Dari penyakit ringan boleh jadik berat aka serius kalo tindakan tergesa2 diambil. Kemudian patient tadi ambil ubat di kaunter, dan dia agak terkejut kerana diberikan pil je. Sebab slalunya kalau gatal akan diberi ubat sapu. Tapi mungkin di Puskesmas ni dah habis ubat tersebut.

Maaf kalau saya katakan Puskesmas ni mmg dari luar nampak cam buruk siket, sbb ada byk contengan hasil vandalism bebudak rewang mane tah..huhu..Dan memandangkan Puskesmas ni slalunya untuk pasien yg kurang mampu untuk ke klinik kat luar.. Sbb di sini bukan sperti di Malaysia, dimana setelah rawatan ubat pasti dibekalkan juga, tetapi di sini Dr hanya memberi receipt and patient boleh beli ubat tersebut di Farmasi dengan harga berpatutan. Seriyes, kalau di sini mmg agak mahal la ubat2 yg dibeli di Rumah Sakit. Semalam semasa saya temankan kJim ke Klinik dia dikenakan bayaran 175 ribu Rupiah, atau duit Malaysia kira 75 ringgit hanya untuk Diarrhea atau cirit birit..Mahal kan.Tapi rata2 masyarakat di sini ada insurans kesihatan untuk orang miskin, sbb tu diorang pergi ke hospital kerajaan terus untuk dapatkan perawatan. Bkan macam kita, yg akan ke klinik dulu baru ke Hospital jika lebih parah..ok, sebenarnya, kalo nak cerita mcm panjang sket bab ni..hehe..ok close case

Kemudian setelah ke Puskesmas, saya melawat Belle Chan di Hospital Panti Rapih.Kesian sangat ngan belle..Nampak letih sangat..Tapi hari ni dia dah keluar dari hospital la..setelah infus and makan ubat pon nampak masih belum sihat lagi..keep on diarrhea. The Dr diagnose that maybe She got Amoeba infection. So they just gave her AntiAmoeba pills to help expel the bacteria.huhu..Get well soon ya Belle.

No comments: