Friday, February 29, 2008

Ayat2 Cinta


Filem Ayat2 Cinta ini diadaptasi dari Novel ayat2 Cinta karangan Habiburrahman El Shirazy. Dan kalau di Indonesia sendiri, filem ini baru aja keluar kira2 seminggu. Filem ini dilakonkan oleh Fedi Nuril ( Fahri Abdullah), Rianti R. Cartwright, dan Carissa Puteri. Secara keseluruhannya, ternyata pada saya banyak juga yang beda dari isi novel yg tulen. Mungkin ingin menyesuaikan dengan pasaran. Dan jalan ceritanya juga banyak yang diringkaskan. Mungkin kerana jalan cerita ini agak panjang, jadi disingkatkan sahaja. Tetapi yang menjadi pokok persoalan saya, kenapa perlu dileret2 kan isu yang tidak ada di dalam novel. Bukankah lebih baik jika membuat mengikut novel yg sebenar.

Dari segi pemilihan pelakon juga, pada saya agak sedikit mengecawakan. Pada saya gambaran aisya dan Fahri tidak seperti yang diceritakan di novel. Seperti menunjukkan yang Fahri itu tidak lah thiqah, seperti yang diceritakan dalam novel. Fahri yang dalam filem seperti tidak menunjukkan teladan yang sesuai. Begitu juga Aisya lakonan Rianti, agak kurang menonjolkan wataknya sebagai wanita yg mentaati suaminya. Tetapi saya suka lakonan Carissa Puteri sebagai Maria, gadis Kristen Katholik yg sangat ingin mendalami Islam dan mencintai Fahri. Serius, saya benar2 tersentuh dengan lakonannya. Noura lakonan Zaskia Adya Mecca juga ok. Saya sebenarnya lebih suka kalau Zaskia Adya Mecca yang menjadi watak Nurul, kerana dia lebih menunjukkan ciri2 Ketua Wihdah yang baik.

Tetapi secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan lumayan. Tidak lah terlalu bosan. Tetapi hanya jalan ceritanya yang sedikit berbeda. Dan itu yang membuatkan saya sedikit kecewa. Dan mungkin kalian boleh membaca bukunya dulu sebelum menonton. Terus terang, saya rasa buku jauh lebih baik dan best dari Filem.

2 comments:

frhyh said...

hoho~ sgt jeles dgn doyot, n adik sy jugak.. sebab korg da dpt tgk the film. nk tggu sampai msia, entah bila la gamaknya. OST by rossa tu best, part suara n lirik je la. tp bila part MV, gaya n pemakaian dia x mencerminkan apa yg nak disampaikan, x Islamik langsung. kan? hehe.. sekadar pendapat :)

Anonymous said...

hahaha..nampaknye ko pon sependapat ngan aku farahiyah..hehehe..memang pon..x islamic langsung..rase cam x leh blah..