Friday, February 29, 2008

Ketika cinta bertasbih

Warning:Entry ni tiada kaitan dengan Novel Ketika Cinta Bertasbih

Entah kenapa waktu Maghrib kemarin saya merenung utas tasbih saya yang diberikan Cik Noi aka mak K.Naim. saya sangat suka tasbih saya ni, sbb ianya sangat unik Ada gambar Kaabah dalam tasbih tersebut yang boleh dilihat dari lubang kecil. Tapi yang membuatkan ianya lebih unik ialah ianya dibuat dari kayu Kokka.Mungkin ramai juga yang belum tau, kalau tongkat Nabi Musa, dan bahtera Nabi Nuh sebenarnya dibuat dari kayu Kokka. Kayu Kokka ni sebenarnya banyak khasiatnya.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Dan kata k.Naim lagi, kalau tasbih ni slalu digunakan, warnanya akan bertukar menjadi hitam, dan airnya rendaman kayu kokka boleh diminum untuk menyembuhkan penyakit.I'Allah.Tu je yang saya nak share.

Ref:www.darulnuman.com

No comments: