Friday, February 29, 2008

Ketika cinta bertasbih

Warning:Entry ni tiada kaitan dengan Novel Ketika Cinta Bertasbih

Entah kenapa waktu Maghrib kemarin saya merenung utas tasbih saya yang diberikan Cik Noi aka mak K.Naim. saya sangat suka tasbih saya ni, sbb ianya sangat unik Ada gambar Kaabah dalam tasbih tersebut yang boleh dilihat dari lubang kecil. Tapi yang membuatkan ianya lebih unik ialah ianya dibuat dari kayu Kokka.Mungkin ramai juga yang belum tau, kalau tongkat Nabi Musa, dan bahtera Nabi Nuh sebenarnya dibuat dari kayu Kokka. Kayu Kokka ni sebenarnya banyak khasiatnya.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

  1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
  4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Dan kata k.Naim lagi, kalau tasbih ni slalu digunakan, warnanya akan bertukar menjadi hitam, dan airnya rendaman kayu kokka boleh diminum untuk menyembuhkan penyakit.I'Allah.Tu je yang saya nak share.

Ref:www.darulnuman.com

Ayat2 Cinta


Filem Ayat2 Cinta ini diadaptasi dari Novel ayat2 Cinta karangan Habiburrahman El Shirazy. Dan kalau di Indonesia sendiri, filem ini baru aja keluar kira2 seminggu. Filem ini dilakonkan oleh Fedi Nuril ( Fahri Abdullah), Rianti R. Cartwright, dan Carissa Puteri. Secara keseluruhannya, ternyata pada saya banyak juga yang beda dari isi novel yg tulen. Mungkin ingin menyesuaikan dengan pasaran. Dan jalan ceritanya juga banyak yang diringkaskan. Mungkin kerana jalan cerita ini agak panjang, jadi disingkatkan sahaja. Tetapi yang menjadi pokok persoalan saya, kenapa perlu dileret2 kan isu yang tidak ada di dalam novel. Bukankah lebih baik jika membuat mengikut novel yg sebenar.

Dari segi pemilihan pelakon juga, pada saya agak sedikit mengecawakan. Pada saya gambaran aisya dan Fahri tidak seperti yang diceritakan di novel. Seperti menunjukkan yang Fahri itu tidak lah thiqah, seperti yang diceritakan dalam novel. Fahri yang dalam filem seperti tidak menunjukkan teladan yang sesuai. Begitu juga Aisya lakonan Rianti, agak kurang menonjolkan wataknya sebagai wanita yg mentaati suaminya. Tetapi saya suka lakonan Carissa Puteri sebagai Maria, gadis Kristen Katholik yg sangat ingin mendalami Islam dan mencintai Fahri. Serius, saya benar2 tersentuh dengan lakonannya. Noura lakonan Zaskia Adya Mecca juga ok. Saya sebenarnya lebih suka kalau Zaskia Adya Mecca yang menjadi watak Nurul, kerana dia lebih menunjukkan ciri2 Ketua Wihdah yang baik.

Tetapi secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan lumayan. Tidak lah terlalu bosan. Tetapi hanya jalan ceritanya yang sedikit berbeda. Dan itu yang membuatkan saya sedikit kecewa. Dan mungkin kalian boleh membaca bukunya dulu sebelum menonton. Terus terang, saya rasa buku jauh lebih baik dan best dari Filem.

Sunday, February 24, 2008

Mari bersenam

with words we can conquer the world

Hari ni saya ke Grha Sabha bersama teman2..dah lama rasanya tak joging di Grha Sabha. Kali terakhir yg saya ingt adalah masa Pre Med dulu, dengan Malini. Semangat betol nak joging masa tu. Asal tak hujan je mesti joging. Mase tu x main la aerobik2 ni. Kewanitaan sgt rasanya..hahaha..ye ye je. Memandangkan pada blok kali ni blajar pasal obesity, maka terasa terpanggil la untuk bersenam dan tidak mengamalkan sedentary lifestyle..huehuehue..Kok bisa sedentary ya..Iihh..iya iya lah, ke kampus aja naik motor. Kan cuma 2 km tho?.malas buangat deh kamu Doyot..Yep mmg sesuai dgn azam tahun baru saya to decrease some kgs..ehehe..

Memandangkan di skolah lama saya sekarang ini Sports Day semakin hampir. bile yehehe, jadik forum yahoo groups beralih topik pula ke Sports Day dari mega giga gath..hehehe..Kluar sumer lagu House, Cheers, and so on..Yep, teringat Standard Taking, lari2 keliling kolej, and Square. Penat woo..tapi best amat.Waahh..sangat menggembirakan. Saya masih ingt semasa Form 2, berat saya turun mendadak, bayangkan puasa2 pon masih berlari lagi..mmg kurus la waktu tu..Lepas raye.ermm. macam haram.hahaha.adoii. x disiplin langsung.

Mase saya masuk hockey lagi la. Memandangkan hockey players memerlukan stamina yg tinggi, sbb kena berlari2 dari hujung padang sampai hujung padang, jadik kena lari keliling kolej and squares and tah ape lagi tah..mmmuahaha..mmg memenatkan. Lari keliling kolej till i lost count, dah brape round ek. sampai my Senior kata Stop, then only u can stop. If not keep running. I almost passed out..haha..ok that was exaggerating..no seriously, it was tiring..but fun though. We practiced right after prep till almost dinner time. Yup, as usual juniors will do chores of collecting hockey sticks and balls to be kept in dungeon. i hate that dungeon. So we the juniors will be really late for dinner. Dengan x mandi lagi. Mandi plak kalo time2 tu showers will be fully booked by the seniors..waarghh, and yet u only have 15 mins to be prepared for dinner, or else ur name will be announced as late comers, which is can't do because u are still a junior. Jr don't come late for dinners..mmuahaha..Dari situ la, saya belajar buat benda cepat.Jalan cepat, mandi cepat, makan cepat. Nasib x gastrik..penat woo..haha, tp bile dah naik Seniors sumer jadik lambat..Bak kata Miss Vicky " U All jalan lembab macam ibu2 mengandung 9 bulan" . and all of us will be giggling while abstaining ourself from showing the expression of ko-nak-buat-lawak-ke nak-marah

haha..ok2..enuff with the college stories..

Semalam me watched Jumpers. From 5 stars i'll give 3. Minus 1 for the rough ending..Bak kata Kuden " Itu je ke" Yep, mmg ittew je..and another point for the plot yg x berkembang, in other words like jumping plots..eheh..if u know what i mean.

Oh ya, Ayat2 Cinta hanya midnight movie.tiada waktu siang..huarghh..kejam..durjana..knape malam.knape tiada siang..Arghh..nantikan ulasan saya untuk Filem ini..hehehe..

Friday, February 22, 2008

Teka teki

with words we can conquer the world

Dari smlm sampai hari ni, sy asyik menghangitkan kawan2 saya jer..huhu..kesian mereka..Tipah tertipu Tertipu tipu tertipah..hikhik..ape yg saya hangitkan
Scene 1, Action 1:
Doyot: korg caya tak org ckp kalo kat tapak tangan ada rangka tulang ikan, maksudnyer kiter bernasib baik.

Kawan yg dibuli: ye ke, x pernah dgr plak, tapak tangan aku x de pon.

Doyot: oh ye ke, maksudnyer korg x bernasib baik la, sbb aku ade..sambil tunjuk tpk tangan..

Kawan: haha...eiyy..Ya Allah, rasa nak lempang je..hahaha

Scene 2,Action 1:
Doyot: Erk, korg tau tak, kalo kat duit RM 1 tu, diorg cakap ade gambar org tgh sapu sampah. Cube cek betol2..ade tau

Kawan: owh ade ek, detail gile lukis..kat mane2
Doyot: Cube carik betol2. Ade

Kawan: sambil belek2.aku nampak ade kerbau je.
Doyot: Tu la korg lambat sgt carik, die dah masuk dalam rumah dah, sbb tu x nampak..mmuahaha..

Dan tiba2, masa balik lunch tadik, jumpe Dina. Dia cakap ada tulisan Bank Negara Malaysia kat gmbr wau RM1...mmuahaha..memula ingtkan die tipu.pastu die kate betol la.Iftitah pon kata perkara yg sama. Dan saya semenjak ittew, terus membelek, dan membelek duit RM 1 ittew. dah la duit Hamid.. Esok saya nak tagih jawapan dari Iftitah..mmuahaha..kalo korg dapat, kasitau aku tau..

Wednesday, February 20, 2008

Aku Ori Bukan Fotokopi

with words we can conquer the world

Lagu ni adik saya yg bagi.dah lama dah jugak la lagu ni.hehe..tp sejak akhir2 ni suka plak dgr lagu ni.mmg mula2 dengar kelakar giler.ye lah Rap bagai.tapi makna die mendalam jgak tuh.sila dgr lagu ni kat imeem sebelah ni. kat Bawah nih lirik die.

Aku Ori Bukan Fotokopi-Devotees

كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ
فَالإِمَامُ رَاعٍ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِ
وَهُوَ مَسْؤُولٌ
وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ
وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ


*Terjemahan:
Setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
Maka Imam itu penjaga
Dan dia adalah bertanggungjawab
Lelaki itu penjaga keatas keluarganya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Perempuan itu penjaga keatas rumah suaminya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Hamba itu penjaga keatas harta tuannya
Dan dia adalah bertanggungjawab
Yang pasti setiap orang diantara kamu adalah penjaga
Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab


Engkau Ori, bukan fotokopi
Tanyalah hati, sedarkan diri
Rambut berduri, jatuh cicak mati
Naik motor seperti tak ingat mati

Jadilah Ahli Sunnah
Tinggalkan Ahli Punnah dan Ranah

Engkau gila budaya metal
Atau gila penyakit mental
Nak kata siswi, tapi tak sesuai
Nak kata dewi, tak sampai piawai

Tuesday, February 19, 2008

Februarians..


with words we can conquer the world

Phone saya pon dh merajuk dgn saya..tak tau la saya knape dia dah x mau dirinya di charge sprti biase..nak kena rotan beli baru agaknya..huhu..sedey..ops.ok dah..

Jadik pada entry kali ni saya nak mengucapkan Happy Birthday, Belated, Advanced kepada:

  • Syah, and Ida: 17 februari
  • Aisyah : 19 Februari (hari ni.hehehe)
  • Nani : 21 Februari
  • Anep :23 Februari
  • Azra :27 Februari

mmuahaha..byk betol org lahir Februari..and the besday bash was help last Sunday at Pizza Hut. The Cakes were so delicious..Especially the Fruit Cake.nyum nyum.my luck i got the stroberi..ehehe..And the price were also reasonable. Thanks to Parsley..haha..woi Parsley, aku dh tolong promote ni bagi la diskaun.hehe. And ada main kerusi2.saya lupa lak nama die..haha..ape la nama game ni dah...sriyus, saya betol2 lupe.haha..And Ada best Dress Award. And the Besday Bash was so fun, that made the Customers in the Pizza Hut a lil bit annoyed..ehehe..Sori Dude..

Friday, February 15, 2008

Mood Swing..

with words we can conquer the world

kemarin, semalam and hari ni adalah hari yg paling moody dan depressed..ntah kenapa..rase x faham dengan jehendak hati..saya pergi spa, erm..lega..tapi sket je...semalam pergi mengaji al-quran di Madliyah..ermm..tenteram..semalam dah sampai Hkum Mad Asli and Mad farie..hujan lebat gila..meredah hujan yg lebat..nasib baik beg dark water saya x basah..hujan..lebat betol..saya dah fikir, mesti banjir ni..boleh tahan la banjir pon..ntah la..lebat sgt la hujan semalam..
hari ni plak..pergi Amplaz..makan Salmon dengan Sos x Sedap..lain kali x mo makan Salmon kat situ lagi...Salmon ada tulang kecik2..ingt slalu Salmon die dah jadikkan boneless..tidak rupanya..uhuhu..Salmon bagus untuk cardiovascular..sbb Salmon ada omega..saya x sakit jantung.Alhamdulillah..Salmon mmg hanyir kalau x di masak betol..Aduhai Salmon..Saya x salahkan Salmon. Salmon x menjadikan saya depress...Salmon bagus untuk kesihatan..

sekarang, asyik sakit blakang je..rasa macam dah tua plak..sakit lower back pain..dah lama dah rasa sakit..and ia berulang semula..benci..benci..it can't be relief by bed resting..sakit..saya x boleh duduk lama2..sakit..katil siket nyer empuk..kerusi pon empuk..tapi ttp sakit..itu namanye symptom of tension..or stress..ye saya mmg stress..Stresssssssss...Rase nak lari balik rumah..duduk diam2 dalam Bilik purple saya yg buruk tu..pastu ntah..pergi wasbudi beli aiskrim ngan cone dia..makan puas puas..waah..bestnyer..cepat la balik..rasa nak nangis ni..huhu..org lain balik ada misi..saya balik pon ada misi..tapi misi saya x sama..ingt..UNDI Adalah Rahsia..knape Rahsia ye..knape nak Rahsia2..salah ke kalau kite cakap kita undi kerajaan ke pembangkang ke..pedulik ape nak rahsia2..mcm pengecut plak nak Rahsia2..ntah..saya berfikiran cetek pasal politik2 ni..tapi ni blog saya..so what..ok..ni dah emotional sket..saya dah jadik depress kembali..huarghh..x suka nye perasaan ini..rasa macam nak belaja piano balik..blaja piano best..tp ustazah habibah kata x boleh..ianya haram..jadik saya berenti..baik kan saya..saya sayang Ustazah Habibah intan payung saya..skrg hanya rasa nak buat benda yg saya suka je..

Apa yg saya suka..saya suka tgk movie..saya suka tulis blog..saya suka masak..tapi saya masak x sedap..jadi abaikan kesukaan ittew..kalo saya tensyen, saya suka duduk sorg2..saya benci bila org Gosip saya ngan I.. ye saya mmg x suke..saya benci gosip itu..tapi apa boleh buat..mereka kawan saya..nak marah x sampai hati..nak pendam, takut bertambah benci...jadi saya layan je..malas dh nak ambik kisah..dan akhirnya jadik la " SAYA YG X KISAH" ntah la..hari ni saya baru habiskan tgk criter I am Legend..criter ni 3 stars and a half..ok la..tapi x suke ending dia..saya pon pernah ada angan2..mcamaner kalo saya jadik org yg terakhir di bumi, apa akan saya buat..tapi angan2 mainan syaitan..jadi saya padamkan angan2 tu..sbb saya tahu, saya x pernah berseorangan..Allah always with me..

malam ni plan saya nak lukis PA..dan untuk kali keduanya saya bersama MAs Sigit..x best..sbb beliau x ajar cara nak lukis sgt..saya pon blurr nak lukis macamaner..saya nak Mas Erdi..Mas Erdi best..perfectionist..saya suka Mas Erdi..Hidup Mas Erdi..skrg saya rasa org PA x suka kitorg..start bile ye yg menampkkan diorg x suka..ermm..mungkin start dari pemakaian celana jeans..ittew amat x professional kata mereka..Tapi Dr House pakai je..hehe..Genius plak tu..mungkin Dr kena skema..x boleh ranggi ranggi..Dr mmg skema kah??.jawab sendiri..

esok K.jim ajak gi Maskam, atau Masjid Kampus..Masjid Kampus besar dan cantik, sayang, tiada karpet..mungkin diorg x suka karpet..mengapa ye?..saya tau, kalo org di sini, marmar yg ada di rumah melambangkan kemewahan..kalo lantai simen biase je, maksudnyer miskin sket..kalo ada peliharaan burung pon maksudnyer kaya..org2 kat sini x kisah kot Bird Flu, janji nampak kaya..kaya tapi sakit buat ape..

ok..mari bersenam untuk hilangkan stress.. heiho heiho \'',/ <'',> \'',/..jumping jumping..

Wednesday, February 13, 2008

Trip To Bromo, and Surabaya.(uodated wif pics)

with words we can conquer the worldwith words we can conquer the world

Sorry..entry ini amat lah tidak up to date.tetapi tidak mengapa, sbb memorinya masih segar dalam ingatan.hehe. Ok JAdi pada hari Khamis yg lalu bermula perjalanan kami jam 6.30 ptg dari Narita fotokopi. Kami naik Travel. Travel ni macam van yg boleh dimuati sebanayak 7 penumpang. Jadi ada 3 travel semuanya

Travel 1: Doyot, K.jim, Belle, Iman, Toy, and Aini
Travel 2: Anep, Isa, Dikky, Hamid dan Idris
Travel 3: NK, Aziz, Jeremy, Kukhan, Swarna,and Geetha

Persediaan. Jadi untuk persediaan, saya pon membawak 2 helai baju jalan2 ngan selai sluar.hehe.Maklum la pakai back pack.2 hari je plak tu. Ye, dan saya wajib membawa ubat AntiMo atau ubat tahan muntah, sbb ia perjalanan yg jauh. Makanan.Adela cekedis sebungkus dua. Dan SPAGHETTi..hehe.bebudak Sendowo bawak Sardin. So saya bawak Spaghetti je, sbb tu la yg paling senang nak di masak n bawak.hehe.

Setelah semua orang berkumpul kat Fotokopi Narita and Toko Bali, kami pon bertolak pergi lebih kurang jam 7. haha..Baik betol pakcik yg bawak van kitorg tu. Sebelum kitorg bertolak dia suruh sumer org doa sama2 semoga perjalanan selamat.hehe. Ye, mmg patut berdoa pon, siapa tau, ajal maut kan di tgn Tuhan. Nak dibuat cerita plak, pakcik driver tu bawak van ala Michael Schumacher plak tu..Adoii..Laju dan horror.mcm naik Roller Coaster..sEriyes x tipu. Memandangkan saya telah makan ubat anti Mo, maka saya berupaya tidur dengan nyenyaknya dalam van tu. Tapi bile sekali2 bukak mata, terus nampak kereta datang dari depan la, nak langgar org la.baik tido je..ahaha..ok2..pendek kan je la citer ni. So dalam perjalanan ada several R&R. Sila jgn bayangkan RnR mereka mcm kat tepi jalan PLUS tu. tidak.ianya lebih kepada Restoran2 kecil untuk pemandu2 melepaskan penat dan makan.huhu.

Destinasi pertama kami ialah ke Gunung Bromo untuk melhat Sunrise kengkonon. kemudian ke Taman Safari 2 dan Surabaya. Tujuan asalnya jugak nak lawat kebon apel.Tapi...

Girls yg pergi in this trip

Kemudian, kami pon sampai la Bromo dalam pukul 4.15 pagi.waah..mmg GELAP DAN SEJUK.seriyes lagi sejuk dari Genting woo..asap boleh kluar dari mulut.ni bukan asap rokok, tapi sbb sejuk giler... Tapi itu baru sampai di kaki gunung, belom naik lagi. nak naik tu kena pakai Jip. Sbb jalan nak naik tu amat la horror. So Jip pon di sewa dgn bayaran 80 ribu seorg. satu Jip boleh muat 6 org.Dan apabila kami sampaki di lokasi melihat Sunrise, matahari pon dah muncul, and kabus dah tebal. Sayang sbb x dapat lihat Sunrise. amik gambar sesiket di tempat lihat sunrise.kabus sgt tebal..nasib baik nampak saya.hehe

, dan perjalanan diteruskan ke Bromo. Gunung Bromo ialah gunung berapi yg aktif.waah..serius bau Sulfur dia sgt menyengat hidung. Nak naik Gunung Bromo plak kena naik pakai kuda.kalo naik pakai kaki mmg pengsan la korang jawabnye.tangga menuju ke kawah Gunung Bromo..tinggi tau..penat..kuda yg bawak naik ke puncak Gunung Bromo..huhu..takut la saya nak kuda..

ni balik dari tgk Sunrise..seronok tgk hijau..hehehe..ni bukit je, nak menuju ke lautan Pasir.

Setelah ke Bromo, kami ke lautan Pasir. kat sini x de menda pon, ade Pasir je. tapi sbb ada pemandangan Gunung, si jadik lebih indah la pasir2 tersebut. Dah habis jenjalan di pasir, kami gerak ke Taman Safari II. Taman Safari I kat Bogor. nanti2 lah gi sana ek.hehe. So kat Taman Safari ni, mmg ada binatang yg berkeliaran dengan bebas.Best sbb dapat tgk Ilama secara live. Slalu tgk kat dalam citer kartun Kuzco je.huhuh . First time sbnrnyer gi Safari. So rasa cam jakun sket, tgk binatang lari kat kitorg yg dalam kereta ni. Kitorg bagi dia mkan carrot. tak sampai suku perjalan pon, carrot dah habis dah..huhu.

Dah puas tgk binatang baru la kami gerak ke Surabaya. Sampai Surabaya tidur di Hotel Cendana. 3 Star hotel tu.haha.Seb baik semalam je tido sana. makan pon ok la.hehe.Malam dah tak larat nak gi memana. Tido la sampai besok pagi. Dalam satu bilik 3 org. Ada Saya, Aini n K.ji. ada org tu ngigau.Sape la agaknye kan. nasib baik aku tak lari gi bilik org lain.hahaha.

Tapi kat Surabaya ni basically ade mall je. So x de pape sgt la.Baru pergi 3 mall out of 7 mall yg utama.hehehe. Besar giler mall die. nak kata mcm Mid Valley pon boleh tahan la.Ada JcO. Aku borong satu dozen Jco. Mmuahaha..ni kes tamak tapi tak rugi la. yela dtg sekali sekala, borong la setiap satu perisa. lain kali datang lagi ek..hehe.ok la tu je kot. Setelah diperpendekkan jalan cerita aku yg x berapa adventure ke Malang n Surabaya ni. ...ok.chow chin chow..

p/s: gambar lihat di Fotopages

Monday, February 11, 2008

Sihat sbelum sakit

with words we can conquer the world

ok, i suppose to type and post this entry yesterday(monday), but due to some halangan, i left it half way..ermm..semalam mcm excited nak citer, hari ni cam x excited plak..uhuhu..okla..sambung je la kan..

Hari ni (smlm la tu) saya telah pergi 2 tempat org sakit iaitu, PUSKESMAS aka Pusat Kesihatan Masyarakat, Hospital Panti Rapih..waah..sape sakit..tak, bukan saya sakit..Saya ke Puskesmas semalam disebabkan oleh Skills Lab. Jadi di Puskesmas ni, saya akan mempraktikkan teori yg telah dipelajari kepada patient yg datang.. Jadi semalam, saya, Phaik Hsia, Dan Kepam ditempatkan satu bilik untuk memeriksa patient..uihh.. Syok giler..seriyes..Rase macam jadik Dr betol plak..hehehe..1st patient yg kitorg dapat is pesakit budak kecil, Adik A la saya bagi nama, So adik A ni ada gatal2..dan didapati gatal satu badan. So kitorg pon tanya punya tanya, baru dapat satu kesimpulan, dia allergy kat seafood..huhu..sbb slalunya allergy disebabkan keturunan jugak, dan didapati mmg nenek dia pon allergy jugak..

2nd patient, makcik ni, hipertensi. Rupa2nya datang sbb nak cek je blood pressure die..waah, ni 1st time, saya dapat cek blood pressure patient hipertension..Selama ni asyik cek org normal je. Ni tetiba ambik kau 160/90 Kalau org normal slalunya 120/80 atau 110/70 depends jugak saiz badan.hehe..kalo kecik macam saya slalu 110/70..At first makcik ni nampk mcm x konfiden ke x selesa ke tak tau la..tp she felt a lil bit reluctant at first..huhu..but after our Dr had convenced her that it's ok and there's nothing to be worried, then only she proceed..hehe..Dan ye..satu pesanan kepada saya dan bakal2 Dr di luar sana..sila jangan pandang enteng pengetahuan patient.sbb kadangkala mereka lebih mengetahui..eheh..betoll..sbb makcik ni, die boleh hafal and sebut satu2 ubat yg die ambik dengan betol dan tepat..perghh..salute la ini makcik..

3rd patient plak, seorg pakcik ni, die bawak anak die sbb gatal2 kat kaki n bengkak..sian Pakcik ni, nampka kelam kabut je masa bawak anak die. ye la..sapa x sayang anak kan..Dia nampk mcm cemas gila..Tapi penting untuk Dr bersikap tenang..jadi saya pon berlagak biasa, bukan tidak mengambil peduli, tapi tak nak patient berasa lebih cemas dan ketakutan. Dari penyakit ringan boleh jadik berat aka serius kalo tindakan tergesa2 diambil. Kemudian patient tadi ambil ubat di kaunter, dan dia agak terkejut kerana diberikan pil je. Sebab slalunya kalau gatal akan diberi ubat sapu. Tapi mungkin di Puskesmas ni dah habis ubat tersebut.

Maaf kalau saya katakan Puskesmas ni mmg dari luar nampak cam buruk siket, sbb ada byk contengan hasil vandalism bebudak rewang mane tah..huhu..Dan memandangkan Puskesmas ni slalunya untuk pasien yg kurang mampu untuk ke klinik kat luar.. Sbb di sini bukan sperti di Malaysia, dimana setelah rawatan ubat pasti dibekalkan juga, tetapi di sini Dr hanya memberi receipt and patient boleh beli ubat tersebut di Farmasi dengan harga berpatutan. Seriyes, kalau di sini mmg agak mahal la ubat2 yg dibeli di Rumah Sakit. Semalam semasa saya temankan kJim ke Klinik dia dikenakan bayaran 175 ribu Rupiah, atau duit Malaysia kira 75 ringgit hanya untuk Diarrhea atau cirit birit..Mahal kan.Tapi rata2 masyarakat di sini ada insurans kesihatan untuk orang miskin, sbb tu diorang pergi ke hospital kerajaan terus untuk dapatkan perawatan. Bkan macam kita, yg akan ke klinik dulu baru ke Hospital jika lebih parah..ok, sebenarnya, kalo nak cerita mcm panjang sket bab ni..hehe..ok close case

Kemudian setelah ke Puskesmas, saya melawat Belle Chan di Hospital Panti Rapih.Kesian sangat ngan belle..Nampak letih sangat..Tapi hari ni dia dah keluar dari hospital la..setelah infus and makan ubat pon nampak masih belum sihat lagi..keep on diarrhea. The Dr diagnose that maybe She got Amoeba infection. So they just gave her AntiAmoeba pills to help expel the bacteria.huhu..Get well soon ya Belle.

Sunday, February 10, 2008

my bad days

with words we can conquer the world

yesterday and today are my bad days..and why is that? because i have a terrible diarrhea and vomiting after had a trip to Surabaya yesterday..huhu..i hate it..i dunno no what have i eaten, but i bet the food must be very delicious, because i throw up a lot..haha..ok that's gross..i dun't want to mention it any further..hehe..but thanks to Aisya for taking care of me, she cooked me this delicious porridege, and gave the antidiarrhea pill..huhu..I asked K.jim, and belle, and Iman, and they also have the same condition as me...huhu..i hate it, i've been such a lazy bum from yesterday till today, lying on bed doing nothing except sleep, sleep and sleep sum more..huhu..i hate it..yesterday i slept for almost 24 hours..huhu..and today i fell a lil bit dizzy plus throw up sum more..yaikss...

oh did i mention, i went to Surabaya..yup..i finally made myself out from Jogja this time..hehe..wait for my updates and piccs ya..i seriously feel dizzy and wanna throw up summore..huhu..but i got Clinical Pathologgy Report to do and tutorial not to be forgotten..huhu.

Monday, February 04, 2008

Juniors vs Seniors.

with words we can conquer the world

KES 1
Hari Sabtu yg lalu, saya keluar ke Ambarukmo Plaza, untuk tukar duit la konon2..sekali tersrempak pula dengan Junior 1st year lelaki tgh tukar duit. Nak dibuat cerita, borak2 basa basi..tetiba die tanya saya

Jr: Erm, kak, camaner ek, tadi saya kluarkan duit, tetiba server bank tu down.lepas tu saya tak dpt kluarkan duit.resit pon x dpt

saya:owh ye ke(dlm hati, perkara ni mmg sering terjadi kepada pelajar2 di sini..uhu..tidak pasti mengapa)

Jr:Lepas tu saya cuba cek balik akaun saya, ternyata, 1.5 juta tu takde, mcm saya dah kluarkan duit tu..

Saya: Resit pon die x bagi eh?

Jr:a'ah, x dpt resit n duit

Saya: huhu..mesti dah cuakkan..???duit JPA kan tu? aku pon x pasti nape aku bertanya sebegini, kawan tu dah la dok cuak kat situ...hahaha

Jr:ha'ah, saya dah cuak dan gelabah dah..x tau nak buat ape

Saya: Owh, cam ni, memula, awak jumpe pegawai bank tu,(ewah..berawak2 pula..euuwwwyy), bawak sekali pasport ngan buku akaun. Lepas tu awak buat laporan ckp pukul brape n dekat mane..lepas tu dah kot..

Jr:oh yeah.ok2..kat mane2 bank pon boleh kan..

Saya: boleh, tp baik pergi dekat yg Kampus punye..

Jr:ok thanks ye kak..

Lepas tu, saya msg die balik tanye camaner, Alhamdulillah, dah dpt semula duit tu katanye..hehe..glad could help a lil bit..yeye

KES 2

itu la cerita ceriti saya sebagai so called senior di sini.Lepas tu nak di buat cerita, Junior Hanim pula, minta tolong untuk stay kat umah saya, sbb Kost aka hostel die x de org, sumer balik..saya no hal..masalahnye ade 2 hal yg perlu di settlekan bagi membolehkan beliau tinggal di kost sy, iaitu tuan kost saya merangkap sugar daddy aku..hahaha..geli weyy, dan seorg lagi rakan sebaya junior itu..ade knflik sedikit, tp x yah la cerita di sini..keep it to some people who knows about it..huhu..ape2 pon, i suppose to give the answer yes or no by today..3 of us say yes, and there is one possibly no from bapak kost...huhuu..cam American Idol lak..tp ade kemungkinan bapak kost akan berkata :"welcome to hollywood" sambil menghirup2 coca cola di hadapannya..hehe..mungkin kot.kalo aku yg mintak la..hahaha..keji plak terasa diri ini sbb ade sugar daddy sebegini

pape pon, sebagai senior, rasanye patut tolong juniors ke seniors ke, x kisah la sape, sbb pada saya, jgn harapkan balasan darinya, tp mungkin ada balasan lebih baik dari Allah SWT..

Oh ye, ironic to this, huhu..Read this in sarcastic tone, ade juniors masa saya di TKC dtg, ye die dtg,..memori lama teringt kembali..huhu..ye saya mmg x brape suka die, dari skolah lagi..sbb sya x suka attitude die..grrr.. i hate her...Kesian plak bile Yek ckp begini kat aku "Doyot, Junior ko"..And me replied while mumbling to myself "tau..tp aku x suke die"..huhu..jahat ke saya..sorry, it hard for me to forget her attitude back in college..daaa, dulu, die pon ade dtg jogja jumpe sape tah, tp erm, x tegur pon padahal aku dah senyum sket nyer baik dah kat die,,,daa, what do u expect me to do..kalo ko x tegur aku,aku pon malas nak tegur ko..peranagai masih x berubah..malas nak layan org2 sebegini..huhu..emo pulak..ok2..close case..Sori la Yek, membuat muka kepada kau pula..x sengaja, bukan aku x suka kau, tp aku x suka siket kat die..siket je la..huhu

Rambles for today

with words we can conquer the world

waahh..minggu yg tidak produktif..seriyes..baru je mnghabiskan tgk cerita Saw IV and Gossip girl xoxo..haha..seriyes..mengape terasa bosan pula blok 16 ni..huhu..x byk homework..hopefully x byk jugak lepas2 ni..dan hari ni saya tiada kuliah maupun lab..yeayy..dan untuk mengubah minggu saya menjadi produktif, saya telah membeli buku cerita Islamickonon, yg bertajuk Memoir Luka Seorg Muslimah..saya pon x hbs bace buku ni lagi, tp ia berkenaan seorg muslimah yg dahulunya taat, pakai jubah, tudung labuh, lengkap la segala ibadah die, tp akhirnya kecundang menjadi pelacur..mcamner die boleh tiba2 jadi pelacur..ermm, tgh bace la..x sure lagi,. kalo dah hbs bace mungkin saya boleh buat review untuk yg pertama kali nya di blog ini..hehe

Sape x penah tgk criter Saw lagi, pergi la tgk. sbb itu adalah antara crite paling ngeri yg mungkin pernah anda saksikan..seriyes..sbb ia bermain dengan fikiran anda..Saw 4 ni dah summarize dari Saw 1-3..haha..anda mmg kena tgk Saw1-3 dulu la sblm tgk criter Saw4, takut x faham, sbb die ade kaitan siket2..hehe..oklah, ape daa criter pasal filem..oh ye sebut pasal filem, Ayat2 Cinta x keluar lagi plak ek..bile mau kluar ni wey..ko nak tunggu Valentine's Day ke baru nak tayang..Ironic seyhh..dan skrg saya tgh mendengar OST ayat2 cinta yg hangat diperkatakan di Malaysia..hahaha..sebut pasal hangat..teringat pula saya mengenakan panggilan hangit kepada kawan saya..haha..gelak gile..kalo Zam tau pasal ni, mesit die gelakkan ko Liza..hahaha..camaner saya hangitkan panggilan.simple je sebenarnye.meh sini baca:

Saya: A'kum..Erm, boleh saya ckp ngan Cik Liza (haha,padahal aku dah tau tu Liza)
Liza:W'salam, ye saya Cik Liza
Saya:oh ye Cik Liza, saya pegawai dari JPA ade hal sket nak ckp ngan Cik Liza. Cik Liza free ke ni?
Liza: Oh ye ke, ok2..a'ah saya mmg free pon
Saya:Erm, Cik Liza betol ke ade masa, sbb mcm lame je nak ckp ni..
Liza:A'ah, saya mmg free (aku dah dengar ade nada2 cuak di sini
Saya: ah, kalo begitu, saya nak tanye, Cik Liza ade tak kawan bernama Doyot dekat ASASI dulu..
Liza:hah??
Saya: Wey Liza, ni aku la..
Liza: bongek kau Doyot..hahahaha..gelak guling guling.. Mati2 aku ingt pegawai JPa telepon aku, aku dah la ade problemo dengan pegawai JPA..hahaha..

haha..Liza2..seb baik aku baik, ingt nak terus je gebang ngan kau sampai nanges..hahaha..tp aku dah x de la sekeji tu..hikhikhik..kalo org lain, mungkin kot..hahaha..bak kata Shebob, saya mmg nakal..hehehe