Doa Siti Sarah
Ini entry not originated by me..cilok dr encik ini yg berbaik hati nak kasik pinjam..x pe, ilmu yg bermanfaat patut di sebarkan..
Assalamu’alaikum….
Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! Jangan ketawa, jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu. So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.
Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.
AMALKANLAH!
1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.
Nota :
1 comment:
terima kasih kerana tolong sebarkan ilmu itu di sini. kredit sepatutnya kepada siapa yang hantar email ni.
Post a Comment