adik saya berkata
with words we can conquer the world
Adik saya bg saya satu mesej ni
ni la adik saya yg shomeyl tu.nama die anas.suke dagu die sbb berlekuk. xde riwayat pon dlm family aku yg ade dagu belah cam die.kecik2 org suke panggil die Anastasia sbb cam girl.huhu
mcm tau2 je saya tengah berjauh hati.x de mood.after all the things happened.sob sob.artikel pon cam padan je ngan situasi saya.padahal saya x pernah pon bagitau die pasal ni.meh kite lihat ape yg die bagi saya..sila jgn kate adik saya skema.adik saya shomeyll ok,macam shaye. bacelah sampai habis..sungguh best.seriyes..sbb kadang2 kite tak sedar kesilapan yg kiter buat.
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-
1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2. sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayang.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka" Oleh Dr Fadzilah Kamsah
2 comments:
salam..ambik dari ym heh..sebenarnye org yg bagi bendealah tu bkn ana tulih sniri
ok bro anas.luv u.eheh..iAllah kak nor balik 19 Disember ni.ehehe..
Post a Comment