Sunday, August 05, 2007

tgn kanan yg dipotong

hari ni gi pesantren..actually lmbt la jugak pergi ceramh ust tu td tp sempat dgr ust umar yg hensem ittew nyer ceramah..so like to share wif u guys...masok2 jer td ust tu criter dulu, mase zaman Rasulullah dan para sahabat..ade satu kisah dimana ada satu saudagar yg kaye raye.dier ade anak pompuan..satu hari keluarga tersebut didatangi peminta sedekah yg meminta roti sekeping. maka anak perempuan ini dgn penih belas kasihan pon beri la roti kepada peminta sedekah tersebut.Makay si ayah iaitu saudagar kaya tersebut amat marah kepada anak perempuannye dan berkata 'Aku telah berusaha keras untuk mendpt kan segala harta yg ada pada hari ini. Dan peminta sedekah ini telah senang2 meminta kepada mu harta aku,mengapa kamu berikan kepadanya.Dan sekarang aku akan potong tangan kamu yg memberi roti itu.Maka semenjak hari tu hidupla dier dgn tgn yg kudung.Setelah ayahnyer meninggal, dier pula yg hidup meminta2 (jadik peminta sedekah).

Kemudian satu hari dier telah berkenalan ngan sorg janda kaya ni. Dan janda kaya ini amat tertarik dengan perwatakannya, lalu ingin kawinkan dier ngan anak lelaki tunggalnya. Dan pada hari perkahwinan mereka, Si gadis ini telah makan dengan tgn kiri, dan ini sudah tentu amat memalukan suaminya, lalu suaminya menegur "Makan lah oleh mu dengan tangan kananmu, jn kau malukan aku di khalayak ramai". Entah dari mana dtg suara tiba2 memberitahu kepada gadis tersebut, keluarkanlah tangan kananmu, dan dengan kuasa Allah, tangan kanannya ada seperti belum pernah dipotong. Subhanallah. Allah Maha Kuasa.

sebagaiman dalam surah Al-baqarah ayat 265 & 274:

'Dan perumpamaan org2 yg membelanjakn hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pon memadai. dan Allah Maha melihat apa yg kamu perbuat' - Albaqarah:265

'Orang2 yg menafkahkan hartanya dimalam dan di siang secara tersembunyi dan terang terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Allah. Tidak ada kekhwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati"-Al baqarah 274

Itulah antara sedikit yg ust tu cerita..dan ust ni ade sebut tntg kurma NAbi, die kate skrg kat indon ni fames kurma Nabi sebab ade politician ni tuduh politician lain guna dukun untuk menang p/raye..dan this politician yg accused othr politician ni kate kena bagi kurma Nabi kat org yg kena sihir..well memang la, sabda Rasulullah "Sesiapa yg makan kurma Nabi, 7 biji di waktu pagi, maka hari itu dier tidak akan kena sihir atau pon racun" wallahu wa'lam

Dan dari ust umar yg hensem ittew dier kate hak seorg istri kepada suami ialah:

  • diberi makanan,
  • diberi pakaian kalo suami itu mampu
  • suami tak boleh kata istri dier jelek(huduh)
  • dan menyruh istri menjauhi dirinya

No comments: