Monday, March 24, 2008

Maulidurrasul

g
with words we can conquer the world

20.03.08

sebenarnya, entry ni patut saya post beberapa hari yg lalu. Tp mcm biase sbbb internet saya sengal, jadi x saya xleh nak buat ape2. Ape2 pon, meh saya criter detik2 manis pada hari Khamis yg lalu.

Sempena sambutan Maulidurrasul kemarin, UPIMI telah mengadakan SaambutanMaulidurrasul dengan tema: Rasulullah Dalam kenangan. Antara acara yg dianjurkan termasuk Kuiz Sepagi bersama Rasulullah, Puisi, Dan Forum. Dalam pertandingan kuiz tersebut ada 6 kumpulan yg bertanding. Terbit rasa rendah rendah diri pula, sbb yg masuk pulak byk dr skolah agama.huhu. ciut hati ini. Kumpulan saya nama Soutun Nisa' yg bermaksud 'suara permpuan'. Hehe, pada asalnya panitia kuiz tak bagi semua sama gender, harus campur laki dan perempuan. Tapi saya x kira, saya lebih suke perempuan semua. hehe. Saya ada pendirian saya sendiri. Jadi la ahli kumpulan saya Pong, Aqilah dan saya sendiri.

Beberapa hari sebelum pertandingan, sy x de lah nak masuk sgt kuiz ni, sbb saya pon x yakin boleh jawab. Tp saya beli jugak la buku Sirah Nabi di Pesta Buku.hehe. Habis semua buku2 yg berkaitan yg ada dlm simpanan sy keluarkan untuk dibaca. punye la semangat. Ada peristiwa yg menyebabkan saya bersemangat sbnrnyer. Jadi strategi kumpulan kami, ialah membahagikan tajuk. Sebenrnya saya dah biase dengan strategi ni dari skolah lagi. Teringt kuiz dengan Ustz Najmi. hehe. Kemudian baru kami berbincang sesama sendiri. Siap buat short notes lagi tu. Stay up summore. Pergh, kesimpulannye mmg pulun habis la kami.

Knape kami pulun.hehehe, sbb ade org2 ini yg sgt berusaha mencabar kami untuk menang.hahaha.kalau ingt balik mmg klakar sungguh. Sila baca kisah mereka di sini.
Dan inilah yg menyebabkan bertambah semngat untuk membaca. Walaupon Yek kate, " Kiter bukan niat nak menang, tp niat nak dapat Ilmu". Huhu, tp tidak dengan saya, saya berniat untuk menang dan dapat ilmu. We Fight To win.hehe.

Masa hari pertandingan, kami bercadang untuk pakai blazer, sbb Grup Nuar pon kata nak pakai blazer, tp kesudahannya grup saya je yg pakai. Ya Ampun malu nye.huhu. Tp kami pakai je sbb dah bawak. Dalam pertandingan ini ada 3 pusingan. Pusingan pertama ialah pusingan individu, Pusingan Kedua dan Ketiga berkumpulan, tetapi dlm pusingan ketiga ada cagaran markah.

Pada pusingan pertama sebenarnye kumpulan kmi dah agak ketinggalan markah, tp kami berjaya kejar pada pusingan kedua dan seri dengan kumpulan Imran 07. huhu. dalam pusingan ketiga pulak, saya dah pasrah dah dengan kedudukan kedua sebenarnye. Dalam hati saya berkata, hanya kuasa allah je yg boleh menangkan kami. huhu. Tp Alhamdulillah, detik2 terakhir menyaksikan perjuangan kai tidak sia2. Kai berjaya mendapat tempat pertama. walopon menang tipis, tp kami tetap gembira, dan bagi saya itu adalah Hadiah termanis untuk hari jadi saya yg ke 23.

Hamdan wa shukran ala Ya Rabbi.=)

No comments: