Kultum
with words we can conquer the world
Sebenarnye, saya tgh nak cube menghabiskan menaip entry ini dlm masa 7 minit. Knape?. Sbb sesuai sgt la ngan tajuk kat atas ni Kuliah Tujuh Minit(Kultum). Sbnrnyer, smlm saya berkesempatan sekali lagi ke Taruna Ibu Umar di Lempungan. Pada kali ni, Ibu umar memberi pengajian ttg tafsir Surah Al-Hujurat. Suka lihat muka Ibu Umar, penuh keibuan, dan raut wajah yg bersih. Sungguh. ok berbalik ttg apa yg saya nak kongsikan dari pengajian ni.
Sebenarnye, Surah Al-hujurat(bilik bilik) juga dikenali sbg Surah Akhlak, sbb dalam Surah ini sgt banyak diterangkan tentang akhlak. Sungguh, kalau nak diikutkan, umat Islam sepatutnya lebih bertamadun dari bangsa lain. Sebab agama kita sendiri dah ada langkah pencegahan dari Runtuh nya budaya moral. Antara intisari dari ayat ni
Ayat 1-5
Dalam ayat2 ini Allah menerangkan adab sopan santun terhadap Nabi S.A.W, begitu juga terhadap ibu-bapa,guru-guru, dan pemimpin. Memang adab berbicara seharusnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Harus di tengah. Sebenarnya dalam kisah adab sopan ini, perihal orang Arab Badwi yg tidak membiasakan adab sopan terhadap orang besar. Mereka memanggil Nabi hanya dari luar bilik tidur.
Ayat 9-13
Dalam ayat2 ini hal peradaban sesama kaum Muslimin. Jika kedua golongan mukmin berperang, maka hendaklah kita mendamaikannya. Dalam hal ini, bohong diharuskan untuk menyatukan kembali ukhwah tersebut.
Dan tidak ada orang lain yg lebih mulia dari org lain.Atau maksud lain, tidak boleh menghina org lain, sbb boleh jadi org itu lebih mulia dr kita. Warna kulit juga tidak membezakan. Tidak bermakna, kalau kita berkulit putih, maka kita lebih mulia dari org berkulit hitam. Ini dapat dilihat di mana, Luqman al-Hakim dan Bilal bin Rabah adalah bangsa kulit hitam yg disebut2 dlm al-Quran sbg org yg mulia.
Ayat 14-18
Dlm ayat2 ini menceritakan ttg perbezaan Islam dan Iman. Secara zahirnya boleh diertikan sbg Islam pada luaran, ttp iman dari hati. Yang bermakna, kadang2 ada org yg Islam, sembhyang ttp kerana takut atau terpaksa. Tetapi Iman, ialah kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau i'tiqad dlm hati ttg Allah dan Rasulnya.
Ok, itu je yang saya nak kongsi. Semoga bermanfaat.
Nota jari: Mengejar dunia dan akhirat itu ibarat Menanam padi dan Rumput. Jika Rumput yg ditanam, padi tidak akan ikut tumbuh. Tetapi, kalo padi yg ditanam, pasti rumput turut menyertai. Kejarlah akhirat dulu, nescaya dunia akan menurutmu dibelakang.I'Allah.
No comments:
Post a Comment