Monday, March 31, 2008

Kultum

with words we can conquer the world

Sebenarnye, saya tgh nak cube menghabiskan menaip entry ini dlm masa 7 minit. Knape?. Sbb sesuai sgt la ngan tajuk kat atas ni Kuliah Tujuh Minit(Kultum). Sbnrnyer, smlm saya berkesempatan sekali lagi ke Taruna Ibu Umar di Lempungan. Pada kali ni, Ibu umar memberi pengajian ttg tafsir Surah Al-Hujurat. Suka lihat muka Ibu Umar, penuh keibuan, dan raut wajah yg bersih. Sungguh. ok berbalik ttg apa yg saya nak kongsikan dari pengajian ni.

Sebenarnye, Surah Al-hujurat(bilik bilik) juga dikenali sbg Surah Akhlak, sbb dalam Surah ini sgt banyak diterangkan tentang akhlak. Sungguh, kalau nak diikutkan, umat Islam sepatutnya lebih bertamadun dari bangsa lain. Sebab agama kita sendiri dah ada langkah pencegahan dari Runtuh nya budaya moral. Antara intisari dari ayat ni

Ayat 1-5

Dalam ayat2 ini Allah menerangkan adab sopan santun terhadap Nabi S.A.W, begitu juga terhadap ibu-bapa,guru-guru, dan pemimpin. Memang adab berbicara seharusnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Harus di tengah. Sebenarnya dalam kisah adab sopan ini, perihal orang Arab Badwi yg tidak membiasakan adab sopan terhadap orang besar. Mereka memanggil Nabi hanya dari luar bilik tidur.

Ayat 9-13

Dalam ayat2 ini hal peradaban sesama kaum Muslimin. Jika kedua golongan mukmin berperang, maka hendaklah kita mendamaikannya. Dalam hal ini, bohong diharuskan untuk menyatukan kembali ukhwah tersebut.
Dan tidak ada orang lain yg lebih mulia dari org lain.Atau maksud lain, tidak boleh menghina org lain, sbb boleh jadi org itu lebih mulia dr kita. Warna kulit juga tidak membezakan. Tidak bermakna, kalau kita berkulit putih, maka kita lebih mulia dari org berkulit hitam. Ini dapat dilihat di mana, Luqman al-Hakim dan Bilal bin Rabah adalah bangsa kulit hitam yg disebut2 dlm al-Quran sbg org yg mulia.

Ayat 14-18

Dlm ayat2 ini menceritakan ttg perbezaan Islam dan Iman. Secara zahirnya boleh diertikan sbg Islam pada luaran, ttp iman dari hati. Yang bermakna, kadang2 ada org yg Islam, sembhyang ttp kerana takut atau terpaksa. Tetapi Iman, ialah kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau i'tiqad dlm hati ttg Allah dan Rasulnya.

Ok, itu je yang saya nak kongsi. Semoga bermanfaat.

Nota jari: Mengejar dunia dan akhirat itu ibarat Menanam padi dan Rumput. Jika Rumput yg ditanam, padi tidak akan ikut tumbuh. Tetapi, kalo padi yg ditanam, pasti rumput turut menyertai. Kejarlah akhirat dulu, nescaya dunia akan menurutmu dibelakang.I'Allah.

yeah

with words we can conquer the world

Hari ni saya nak update pasal hari Ahad kelmarin. Saya mmg merancang untuk buat perkara ni lebih kurang seminggu yang lalu. apakah perkara ittew. Sebenarnya, saya dah beli hp baru. Yeay. finally, afta almost 2 years been using the older hp, finally i changed to a much better hp. At first I decided to use the same brand that is Sony Ericsson. But then, the one that i want is not available. huhuhu. But then Nokia 3110 classic is finally my choice. At first K.jim told me to buy the one with 3G. Then i was thinking, with whom am I going to use the 3G. As u know, u can see who's on the line at the screen ey? Plus i'm not that IT person aka GapTek(Gagap teknologi) hehe. But then, after thinking twice, i decided to buy a simple one, but yet not so simple, but just enuff to not be in the category of simple..ok.. i'm a lil bit flummoxed by saying how simple is simple..hehe..abaikan. The features are ok and up to my satisfaction. Remember it's a simple handphone.hehe.so for me as long as it can play my favourite songs, then it's ok.hehe.

But to my surprise, i thought the memory given only 512 Mb, but then last night, when i was cleaning up my sooo messy bedroom, i stumbled upon my hp bag and found another memory card, which makes the expansion of the external memory up to 1Gig..yeay..hehe..how stupid I am of not asking the Salesman about the details.huhu. Alhamdulillah. A birthday present from emak. Thanks emak so much. Actually this is the one i told u guys about the surprise from emak. For me it's very surprising coz knowing my mom is a thrift person. And I'm saying this in a good intonation. No sarcasm. She won't let me spend my money on unnecessary things unless it is really really really necessary..But me always membazir..huarghh..Can't thrift be inherited.?huhu.ok.

And my first intention of buying this hp, is to message someone. And it's very urgent. thinking of it makes my life miserable. Sorry seems to be easiest word thru text message. i seriously can't do it thru phone. I will burst out into tears, and the words will mumbling out of my mouth. Kesimpulannya tak mencapai matlamat lah. And after i apologize to 'dia'. I feel a lot relief.huhu. Perasaan gaduh dengan org mmg x best. serius. ok la..gtg.

Friday, March 28, 2008

Hari ini aku cantik sekali

with words we can conquer the world

For the past 3 days i've been crying such a baby. Crying n been doing some useful thinking for the benefit of myself for sure. Rasa dengan sangat merendah diri. Rasa macam ini bukan diri saya yang sebenar. Rasa sampai tak tahu nak buat apa. Rase mcm nak memberontak semua lah. Tapi sepatutnya sebagai umat Islam, tak patut rase mcm tu kan. Sebab hati dengan allah itu sentiasa tenang. huarghh. Rase cam frust ngan semua orang..Serius. Rasa mcam nak quit medic. Rasa mcm nak balik rumah tp tak nak balik rumah. Kesimpulannya perasaan ini mmg tak best. But surprisingly tak de low back pain pulak.yeehaa.

Hari ni mbak Harni kata tak de tarannum. Tarannum postpone smpi biler tah..Huhu. Tapi tarannum ini kelasnya campur dengan laki n perempuan. Paling tak suke kelas campur laki n perempuan. Tambahan pulak ini kelas Mengaji..Err, rase awkward. First of all tu kan kelas Tarannum. Dan suara itu bukan aurat ke. tak tau lah. saya dah rasa berat hati nak pergi. Sungguh. Tapi sebenarnye blajar tarannum ni dari sekolah rendah lagi. suka sangat dengar kawan2 yg blajar tarannum mengaji. Dari situ mmg terbit rasa nak belajar tarannum.

Semalam, untk menghilangkan rasa depress saya pergi shopping..wooohhooo..tp bukan beli ape pon. Sekadar brg masak untuk SISTERHOOD PARTY sket, some stuff for me and kost. Dan balik dari shopping, saya terus pergi ke Kelas Tahsin. Ingtkan ada ujian tahsin. Takde la pulak.huhu. Dah lama la nak tunggu ujian ni. Cepat lah habis. hilang resah siket. huhu.

Hari ni, Toyy passkan surat chenta dari Naul KALAM. Comel la Naul ni. Rase cam nak cubit2 pipi.hehe. Saya masih ingt tag pada tudung die "Awas, Naul lewat." hehe. Rasa rindu pulak kat mereka2 ni. huhu. terkenang saat buat kegiatan sama2, buka puasa sama2. hermm.Moga Allah megekalkan ukhwah yg indah ini. Amin.

Monday, March 24, 2008

Sanah helwa ya jamilah..=p


with words we can conquer the world

Entry ni saya nak ucapkan trima kasih pada semua yg wish, bagi hadiah n celebrate untuk saya pd harijadi saya yg ke 23 tanggal 21 mac kelmarin.huhu. Dah tue ye saye. tak pe. 23 is just a number, it doesn't give any effect to me though.hehe. Trima kasih dengan sangat. Moga Allah memberkati hidup kalian juga Fid Dunia wal Akhirah.Amin.

Maulidurrasul

g
with words we can conquer the world

20.03.08

sebenarnya, entry ni patut saya post beberapa hari yg lalu. Tp mcm biase sbbb internet saya sengal, jadi x saya xleh nak buat ape2. Ape2 pon, meh saya criter detik2 manis pada hari Khamis yg lalu.

Sempena sambutan Maulidurrasul kemarin, UPIMI telah mengadakan SaambutanMaulidurrasul dengan tema: Rasulullah Dalam kenangan. Antara acara yg dianjurkan termasuk Kuiz Sepagi bersama Rasulullah, Puisi, Dan Forum. Dalam pertandingan kuiz tersebut ada 6 kumpulan yg bertanding. Terbit rasa rendah rendah diri pula, sbb yg masuk pulak byk dr skolah agama.huhu. ciut hati ini. Kumpulan saya nama Soutun Nisa' yg bermaksud 'suara permpuan'. Hehe, pada asalnya panitia kuiz tak bagi semua sama gender, harus campur laki dan perempuan. Tapi saya x kira, saya lebih suke perempuan semua. hehe. Saya ada pendirian saya sendiri. Jadi la ahli kumpulan saya Pong, Aqilah dan saya sendiri.

Beberapa hari sebelum pertandingan, sy x de lah nak masuk sgt kuiz ni, sbb saya pon x yakin boleh jawab. Tp saya beli jugak la buku Sirah Nabi di Pesta Buku.hehe. Habis semua buku2 yg berkaitan yg ada dlm simpanan sy keluarkan untuk dibaca. punye la semangat. Ada peristiwa yg menyebabkan saya bersemangat sbnrnyer. Jadi strategi kumpulan kami, ialah membahagikan tajuk. Sebenrnya saya dah biase dengan strategi ni dari skolah lagi. Teringt kuiz dengan Ustz Najmi. hehe. Kemudian baru kami berbincang sesama sendiri. Siap buat short notes lagi tu. Stay up summore. Pergh, kesimpulannye mmg pulun habis la kami.

Knape kami pulun.hehehe, sbb ade org2 ini yg sgt berusaha mencabar kami untuk menang.hahaha.kalau ingt balik mmg klakar sungguh. Sila baca kisah mereka di sini.
Dan inilah yg menyebabkan bertambah semngat untuk membaca. Walaupon Yek kate, " Kiter bukan niat nak menang, tp niat nak dapat Ilmu". Huhu, tp tidak dengan saya, saya berniat untuk menang dan dapat ilmu. We Fight To win.hehe.

Masa hari pertandingan, kami bercadang untuk pakai blazer, sbb Grup Nuar pon kata nak pakai blazer, tp kesudahannya grup saya je yg pakai. Ya Ampun malu nye.huhu. Tp kami pakai je sbb dah bawak. Dalam pertandingan ini ada 3 pusingan. Pusingan pertama ialah pusingan individu, Pusingan Kedua dan Ketiga berkumpulan, tetapi dlm pusingan ketiga ada cagaran markah.

Pada pusingan pertama sebenarnye kumpulan kmi dah agak ketinggalan markah, tp kami berjaya kejar pada pusingan kedua dan seri dengan kumpulan Imran 07. huhu. dalam pusingan ketiga pulak, saya dah pasrah dah dengan kedudukan kedua sebenarnye. Dalam hati saya berkata, hanya kuasa allah je yg boleh menangkan kami. huhu. Tp Alhamdulillah, detik2 terakhir menyaksikan perjuangan kai tidak sia2. Kai berjaya mendapat tempat pertama. walopon menang tipis, tp kami tetap gembira, dan bagi saya itu adalah Hadiah termanis untuk hari jadi saya yg ke 23.

Hamdan wa shukran ala Ya Rabbi.=)

Tuesday, March 18, 2008

Entry sepoi sepoi

with words we can conquer the world

Tepat jam 3.45, saya sudah siap untuk pergi mengaji aka tahsin di Masjid Mardliyah. Saya sampai lebih kurang jam 4. Sempat saya mengisi minyak motor saya dahulu. Banyak pula kereta dan motor2 hari ini. Umat manusia yang ibarat buih lautan ini terus ke destinasi masing2. Seperti tidak menghiraukan orang sekeliling. sibuk betul. Dan saya terus meluncur laju ke steseyen minyak berdekatan. Tak ramai orang. Bagus. Cepat siket. hanya 10 rb rupiah dah penuh tank saya. Cukup untuk 2 minggu ulang alik ke sekolah. Kemudian baru saya bergegas ke Tahsin. Sebab kalau saya terlambat kena Iqab(hukuman). Walaupun hukuman ringan, tapi rasa seperti tidak berdisiplin pula untuk datang lambat.

Setelah tunggu 5 minit kemudian, barulah saya nampak kelibat Ain junior saya, dan setelah itu baru Belle,dan Iman muncul. Petang itu hanya kami berempat. Tidak seperti selalu ada lebih kurang 8 orang atau lebih. Jadi pengajian tahsin tetap dilanjutkan bersama Mbak Husna. Suara Mbak Husna yg lunak begitu menyegarkan dan menyemarakkan saya untuk belajar tahsin. Hari ini kami Talaqqi dari Surah At-Tin sampai Al-Ghasyiyah. Praktikal setelah belajar teori pada mid sem lepas. Alhamdulillah, rasanya pembacaan kami bertambah baik. Cuma mungkin Mbak Husna di usik syaitan mata yang mahu memusnahkan semangatnya untuk mengajar kami, menyebabkan beliau sedikit ngantuk. Saya dan rakan2 yang lain tetap bersemngat. Setelah talaqqi, kami lanjutkan dengan Review Tafkhim(menebalkan) wa Tarqiq(menipiskan) huruf2.

Lebih kurang jam 5.15, pengajian pon tamat. Saya tidak berlengah lagi untuk pulang. Suasana MAsjid Mardliyah telah bertukar suram. Awan mendung berarak laju. Tidak banyak motor kelihatan di Masjid Mardliyah harini. Banyak yang mudik(pulang) kali. Saya terus menunggang motor dengan penuh hati2. Saya selalu ingat pesan K.jim, "jangan lupa baca ayat Kursi sebelum bawak". Walaupon saya dah lama bawak, tapi rasanya saya masih ada sedikit perasaan takut untuk bawa motor. Dan disebabkan itu, speed saya hanya sekitar 40-50 km/j. Pengalaman lalu menjadikan saya serik untuk bawak laju.

Hari ni memang agak meletihkan juga sebenarnya. Saya ada banyak materi untuk dibaca. Persiapan kuiz MaulidurRasul, Tahsin (exam), Lab Pathology klinik yg banyak. Dan mak saya ada satu kejutan pula untuk saya. Tapi saya akan ceritakan itu di lain entry.hehe

Monday, March 17, 2008

kakak..=)

with words we can conquer the world

Alhamdulillah, internet di rumah saya dah kembali pulih selepas tenat hampir seminggu. Dan hampir seminggu itulah saya x dapat update blog keji ni. alasan.hahaha. ok lah back to ape yg saya nak citer. sbnrnyer entry ni patut di post beberapa hari yg lepas, tp ia ialah mau gi mana lagi. Internet nya juga lagi masalah. jadi ga' apa2 deh. dilanjutin aja ya..hue hue..

Sebenarnya, pada tarikh 9/3 kelmarin ada detik Sejarah yang tersendiri buat saya. Rasanya kalau saya tak lihat status YM Nk n Aini, mesti saya akan melupakan tarih itu. Apa yang significant nya tarikh ini?. Sebab, ini adalah tarikh saya masuk TKC sbg 2nd intake. Tp saya tak nak cerita pasal mcamaner life as junior yg hectic or watsoeva. Tapi entry kali ni saya nak cerita pasal seseorg yg memberi makna kpada saya sebagai seorg junior iaitu CS saya Kak Nazia. CS atau pon College Sister menjadi tradisi kolej sejak dahulu lagi. Sistem CS begini, seorg kakak dari Form 5 akan mengambil seorg adik angkat dari Form 1.Kakak angkat ni akan jaga adik die la untuk survive kat kolej. Pada asalnya, Kak Nazia saya dah ada seorg adik angkat yaitu Khairiyah aka Kennok yg dikongsi bersama seorg kakak yg lain. Sebab pada masa itu, bilangan Form 1 mencukupi. Setelah 2nd intake dtg baru Kak Nazia tak berkongsi CS, and die dapat saya.

Terus terang andai diputar semula masa saya ke Form 1, saya nak sangat jadik CS yg terbaik untuk Kak Nazia. Saya masih ingat pada kali pertama saya jumpe Kak Nazia. Sungguh, die amat baik. Cakap pon sopan. Hehe, dan die sangat tinggi ok. Mungkin sebab masa tu saya msih Form1 n mmg kecik pon.hehe. Family saya semua sangat suka Kak Nazia. Terus terang, saya mase tu seperti 'cold nodule' sbb sy rase mmg patutnye beliau bersikap begitu sbb dh jadi t'jawab die. Die yang menangis bile parents saya meninggalkan perkarangan kolej. Saya masa tu buat tak tahu je. Sebab dalam hati saya berkata " Ala, nnt jumpe jugak". Huhu. Saya tak nanges sehingga hari ke-3 di kolej. Masa tu baru saya rasa azabnye duduk SBP.

Kak Nazia saya tak pernah marah saya yg mana menjadi kelaziman jugak la untuk seorg junior dimarahi senior. Dia memang lain dari yang lain. Dari hari pertama saya masuk, tatkala kawan2 saya bertanya "Siapa CS?" dan jawapan saya Kak Nazia, mereka mesti berkata. "Bertuahnya awak dapat Kak Nazia.die mmg baik". Serius saya bangga but in the same time, saya mcm tak berperasaan. Geram nya dgn diri sendiri bile ingt balik . Die yang ajar saya semua rules kat Kolej dari cara nak jumpe warden sampai cara nak hantar dobi. Pon die, slalu beratur dengan saya untuk ambil share,and die ambilkan or sendukkan nasi or air untuk saya. Waah kalo teringt sekarang mmg terharu. Sangat. Kennok kawan saya mmg jeles habes la sbb saya dapat Kak Nazia. Saya masih ingt lagi mase kak Nazia bawak saya dtg round kolej untuk tunjukkan kelas2 lab, dan sebagainya. Die jugak yg ajar cara nak bagi Salam kat Seniors. Kadang2, kalau die nampak saya dari jauh, die yang akan hai kat saya. Haha, dan say pulak yg rase malu, sbb kawan2 saya yg lain sumer pandang n gelakkan saya..hahaha.

Rasanya, mcm die byk manjakan saya sepanjang ingatan saya di kolej. Dan saya sepanjang setahun itu seperti tak berperasaan. saya pon tak faham dengan jiwa saya waktu itu. Saya masih ingt, waktu Cross country, die yang tak bagi saya masuk, sbb katanya saya baru je masuk. Padahal, junior 2nd intake yg lain hampir semua masuk sbb CS mereka suruh kecuali dengan alasan Kesihatan. Huhu.Dan die jugak yg backing saya waktu saya kena marah ngan Senior 2nd year. saya mase tu mmg masih takut2 lagi, jadi saya tak lah menceritakan perkara tu kat Kak Nazia. Pertama, saya tahu kalau kak nazia marah balik Senior tu, mesti Senior tu yang akan marah balik saya. Kedua, saya tak rasa kak nazia perlu tahu. Maklum, banyak perkara saya lebih suke settle sendiri. Sifat anak sulung kot.huhu.

Masa saya 'homesick' pulak die yg beriya2 pujuk saya. Sangat. Tak puas2 die pujuk sy jgn quit kolej. Lama jugak la saya homesick masa Form 1. Saya agak2 dlm setengah tahun kot.hehe..kok manja buanget kamu doyot.ok lah cam panjang giler dah ni. Tp saya nak citer sifat saya yg cold pada die. terus terang, sepanjang waktu Form 1 tu, saya rasa saya banyak tak appreciate die sbb saya ada banyak kakak angkat. Ok how about this I got 1 sister of Form 2, 1 sister and 1 Secret Admirer of Form 3, 2 sisters of Form 4 and 2 sisters of Form 5. So total I got 7 kakak angkat.huhu. kalau campur kak Nazia ade 8 la. banyak ek. Apsal banyak.ok2. Memandangkan saya rase Starter2 saya aka Kakak angkat ni tak kan bace blog ni maka saya ckp la..hehe. 1stly saya mmg suke pon.hehe. 2ndly sbb diorg senior, so sy tak rase saya boleh tolak biler mereka approach saya untuk jadik adik angkat. Comel sangat ke saya ni, sampai nak jadik adik angkat bagai..hahah..ntah..no komen.hehe. Dan disebabkan itu, saya pon byk spend masa ngan kakak2 angkat ni.huhu Pass notes.hadiah and stuff. dengan Kak Nazia, saya mcm tak berperasaan je.huhu. Tp saya still bagi die hadiah la, sbb rase cam berat sbelah pulak.huhu.Jahatkan saya. Macam kacang lupakan kulit. Padahal kak nazia yg tolong saya mcam2. Die yg banyak habiskan masanya untuk tunjuk ajar saya. Tapi saya buat tak reti je. Bukannye Starter2 saya pon yg tolong. huhu.

Kemudian, biler hari perpisahan sbb dah habis sekolah, baru sebenarnya saya start rase appreciate kak nazia. Tp tu semua dah terlambat. Sangat terlambat. Saya pon tak pasti bile lagi saya boleh jumpe kak nazia. Tp ditakdirkan Allah, masa saya kat ASASI, die pon belajar di UM jugak. Masa saya nampak die jalan, saya tanya kawan saya yg TKCian jugak " tu kak Nazia ke" "Erm, bukan rasenyer". Tp tah hati kecil ini terus berkata, itu mmg kak nazia. Dan kali kedua saya jumpe die baru saya tegur dan bertanya khabar. Dan dia masih tetap seperti dulu. Alhamdulillah die tak berubah. Dan saya sangat sayang die. Sekarang ni, die lanjutkan pelajaran atas tajaan kerajaan UK dlm bidang Genetic.humph humph..saya pulak yg bangga,heheh..

Nota jari: Hargai org sekeliling anda, sbb silaturrahim adalah punca rezeki.

Tuesday, March 11, 2008

politikus, tikus, hetty koes endang

with words we can conquer the world

Rasanya sepanjang 2 hari yg lepas, asyik berckp pasal politik je. Kadang terasa bosan. Bukan bosan sbb topik ini tidak menarik, tp bosan apabila berkata dan mendengar perkara yg tidak perlu. Mmg menarik, yang sampai kalo bincang smpi esok pagi pon tak sudah. Tp pada saya, perlu buka mata, telinga dlm hal2 ini. Tidak adil rasanya untuk dengar sebelah pihak sahaja. Dan tidak adil kepada diri sendiri untuk mengikut dan mengiyakan apa yang orang lain kata. Semua ada pendapat mereka sendiri. Ada yang extreme, ada yang tak tau ape2, ade yang main ikut ikutan, ada yang rasa ni tiasa kaitan ngan mereka. Tapi, rasanya di usia 21 tahun dan ke atas ni mmg patut untuk ambil tau, dan kisah tentang negara. Risau tu patut ada. Kita harus cari tahu. Baru lah boleh menegakkan apa yg kita sokong. Saya tidaklah mengatakan saya jagoan dlm bidang politik, hanya sekadar tahu apa yg perlu tahu.

Kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional adalah sesuatu yg diluar jangkaan byk orang. Bagus sebagai check n balance. Mereka kini harus berpijak pada bumi yang nyata. Perlu lebih berhati2. Perlu buat kerja. Dan perlu lebih baik dlm segalanya. Siapa mereka ni. KERAJAAN dan PEMBANGKANG. Kerajaan perlu semak semula kerja mereka, sbb dgn jumlah PEMBANGKANG yg byk dlm Parlimen, mmg menyukarkan mereka untuk buat kesalahan. Segala perkara akan diteliti tajam oleh Pembangkang. Dan Pembangkang pula harus berusaha lebih berusaha untuk mencapai manifesto tersebut. Walaupon tak dapt ditegakkan, tp ttp harus berusaha. " Verily, after hardship there is a relief."Dan jgn taksub dengan parti politik sendiri smpi tak nampak kesalahan, dan tak nampak kebaikan org lain. Sampai memfitnah dan mencaci cela. Itu namanya tidak profesional. Ingt kita tidak Islam hanya pada nama.


ok dah.ni cam dah membebel je.hehe. .ok, sori2 kalau terguris hati, terkasar bahasa. Moga Malaysia terus damai, aman makmur. Amin

Friday, March 07, 2008

Balik kampung

with words we can conquer the world

Hari ni saya akan balik kampung saya di Melaka disebabkan tempat mengundi mak dan pakcik2 saudara saya yang lain ialah di Melaka. Saya tak mengundi lah tahun ini.Saya sedih.Saya terlambat. Dan itu adalah perkara pertama akan saya regret untuk permulaan umur 23 tahun ini. Tapi saya akan memastikan kejadian tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan.I'Allah. Setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi pada saya pilihanraya kali ini paling huru hara dan paling menakutkan bagi saya. Mungkin disebabkan terlalu banyak isu2 dalam negara yang berbangkit, baik positif mahupun negatif. Yang dituduh menafikan. Yang menuduh pula terkadang sanggup menegakkan benang yang basah. Entahlah. Isu politik ni kalau dibicarakan sampai besok tak sudah.

Saya suka balik kampung. Kampung saya di Pondok Kempas Melaka. Mungkin ada yang pertama kali dengar nama kampung saya ni. Kampung saya terletak antara Bandar Jasin dan Selandar. Saya memang dilahirkan dan dibesarkan di kampung oleh atok dan nenek saya. Setelah lahir, saya tinggal sementara dengan nenek saya di kampung. KEmudia baru ikot mak saya tinggal di Illinois, U.S sbb dia masih belajar. Setelah MAk dan ayah saya tamat belajar, baru saya tinggal di Kampung. Banyak kenangan saya di kampung ni. Suka duka, pahit dan manis. KAlau saya balik kampung, atuk saya pasti akan membuka cerita tentang saya diwaktu kecil. Begitu juga nenek saya. Dari saya yang suka menangis pada perkara2 kecil, belajar bercakap, masuk sekolah dan lain2 lagi. Saya dulu tadika ABIM di JAsin, dan masuk Darjah 1 di SK Air Baruk(dulunya SRK Air Baruk). Sekolah saya letak lebih kurang 8 km dr kampung saya. Jadi dahulu setiap pagi, atok saya akan hantar saya pergi sekolah dan ambil saya dari sekolah. Cikgu saya dulu kata rumah saya jauh. Tp saya rasa dekat je sebenarnya. Mungkin sebab masa tu saya terlalu bersemngat nak pergi sekolah, jadi saya x hairan dengan sekolah yang jauh. Saya sangat suka pergi sekolah dulu.Saya pon tak tau kenapa. Setiap hari saya sentiasa bawa bekal pergi sekolah. Sepanjang ingatan saya, saya hanya pernah tak datang sekolah 4 hari je dari Darjah 1-6. Itu pon sebab demam. Kalau tidak,saya mesti akan pergi sekolah.

Di kampung juga saya belajar mengaji tiap2 petang. Kalau zaman dahulu Jahil siket, hanya pakai serkup kepala dan baju kurung dah pergi mengaji.hehe. Saya pergi mengaji dengan nenek dan adik saya. Di sini juga saya belajar mengenal sayur2 yang nenek saya tanam. Semua Sayur yang nenek saya tanam rasa macam segar. Jadi apabila saya besar, takde lah rasa malu sangat pergi pasar, nak masak, tapi tak tahu nama sayur..haha. Di belakang rumah atok saya ada Sungai. Dulu Air sungai ni jernih, sejuk n cantik. Ada ikan yang boleh dipancing. Saya suka memancing dengan atuk saya. Tapi saya tau pancing je, Atuk saya yang pasangkan kail dan umpan. hehe. saya masih ingat musim kemarau yang melanda Malaysia suatu ketika dulu, Atuk saya menggali perigi. Memang sejuk nak mampus la perigi tu. Air die dalam. Saya suka mandi kat perigi tu walaupun cam geli2 siket. Tapi sekarang air sungai tu cam dah kotor siket. Ikan pon susah nak jumpe.

Saya juga ada pondok dan buaian yang atuk saya buatkan. Jadi bila kazen2 saya balik, kami main di situ. Kalau di sebelah emak banya kazen perempuan. Kazen lelaki kecil2 lagi. Jadi semua kami conquer. Saya masih teringat nenek saya yang suka buat bantal dari kekabu. Mmg tu adalah bantal paling best la. Mak2 sedara saya kalau balik mesti pow satu. Nenek saya ni jenis yang x boleh duduk diam. Ada je kerja yang nak dibuat. Kadang2 kalau saya rajin, saya tolong nenek saya buat kerisik pula. Kerisik tu nenek saya jual 15 ringgit sebalang. Murah kan? hehe. Lepas tu mak2 sedara sy beli dari nenek saya and jual pulak kat bisnes partner depa. Erm, carik untung ler tu. Penat tau nak goreng and tumbik kerisik tu.

Kalau atuk saya pulak suka bela ayam. Dulu atuk saya suka sangat bela ayam2 karen. Nanti die akan beli anak2 ayam karen sekotak. Comel giler chicks tu. semua warna kuning. die bela besar siket baru pindah reban besar. Tp bela ayam karen ni rumit siket. Sebab die bodoh. Tak tau la knape die bodoh. Serius tak tipu. Kalau ada orang halau ayam ni, die buat tak reti je. sebab tu la slalu kena makan ngan ular sawa. Lepas tu ayam ni cepat haus.Dulu kalau cuti, saya mesti letak air minum untuk ayam2 karen ni. Kena letak ubat skali. Ubat ape ek.lupa la. Jgn bagi sakit kot. Suka sangat tgk ayam2 tu minum.mcm haus giler.

Tapi saya tinggal di kampung sampai Darjah 6 je. Sebab setelah itu saya ke Sekolah Asrama. Dan cerita saya duduk di kampung sampai di situ sahaja. Kemudian saya berpindah di Gombak. Itu pon kalau saya cuti je. Ermm..Kesimpulannya kalu orang tanya saya,.'Awak org mane, mesti saya jawab org MElaka, tp duduk Gombak" hehe. Saya suka kampung saya. And I love my Atok n nenek so much. They lighten up my cloudy days. Give shoulders to cry on. And most importantly loves.=) Oh God,I'm crying. sob sob

Wednesday, March 05, 2008

Capek buangett..

with words we can conquer the world

smlm, saya sampi rumah kol 12 lebey ok...sgt malam.dan saya sgt ngantuk, tp akhirnyer mata terlelap kol 2 pg lebih...bangun kol 6 lebey..arghh..saya masih lagi ngantuk lorr..tp ade byk keje lagi ni nak buat. Alhamdulillah dah renew pasport..yeehoo..boleh gi jenjalan lagi pasnih..hehe.ke mana arah tuju mu doyot..Owh itu adalah rahsia..tp, tetibe terasa nak gi umrah laa..anyone nak join?..hehe..

Kali ni renew pasport best.x cam dulu, kena tunggu sehari baru siap. ni tunggu 2 jam jer..waah bertambah maju n cekap lah. Dan satu perubahan saya perasan, KERAMAHAN. kalau dulu, mana2 saya pergi, x kira la pejabat pos ke, nak top up kredit ke, nak naik bas ke, saya akan berdepan ngan KEMARAHAN je..tak faham biler diorg siket2 nak marah pada benda2 yg kecil..I think they should maintain that positive attitude. But still, there is lack of courteous on small things e.g: In LRT give places to older people, Hold the door for the person after you, Using magic words(sorry, excuse me etc.) But for me, good improvement tho. Kena lebih byk senyum kot. X mahal pon senyum tu. Cuma gerakkan sket mulut tu..=)

Btw, i'll be in Malaysia till Sunday, yep me going to watch the announcement of Pilihan Raya 12. Vote for change ya. think twice, act wise. I really can't wait. Waiting passionly for sure. Banners and posters have covered almost entire Gombak..hijau biru hijau biru..opss plus turqoise..Di Astro pula, iklan2 BN sentiasa berselang seli ngan cerita, asal iklan je BN, asal iklan je BN. Di Yahoo juga begitu. ape2 pon, we want changes, don't we. Postive of course. Teringt lagu saujana:

"Alangkah indahnya hidup ini,
Pemimpinnya ADIL, pengasih rakyat
Ibu bapa mendidik, dengan penuh kasih sayang,
Anggota masyarakat bertolong berkerjasama."

ok. till then. i think i might not be blogging as frequent as before. Due to exam of course.. Kesedaran tingkat tinggi ni..huhu..Chaiyok..

Tuesday, March 04, 2008

Kawen2u.com


with words we can conquer the world


Ni adalah entry ke 3 yg saya post dari Inter. Internet di kost gue ternyata menyebalkan skali. Kok ga' bisa masuk blogspot.Aduh stress berat gue. Dan hari ni saya akan balik rumah untuk ke berapa kali ntah untuk tahun ini.huhu.penat la..sgt..penat dlm perjalanan je. dah la low back pain kembali beraksi...sakit ok.saya dah tekad, kali ni saya mesti pergi Pusrawi untuk dapatkan rawatan. dah kronik ni.huhuhu..ok2.opss.mcm tersasar, sebnrnyer, saya nak update pasal Forum Nikah yg saya pergi hari Ahad kemarin.

Forum nikah dengan Theme: Nikah connecting people mmg menarik banyak minat pelajar di yogyakarta ni, untuk dtg.hue hue hue..menarik ke?..yep mmg meenarik. dgr tajuk dier pon menarik. saya ada donlod sebuah forum jugak dari Ustz hasrizal n ustz Pahrol untk pelajar2 lepasan SPM . Moderator tu pon kata mmg ramai plak yg dtg smpi x cukup kerusi..hehehe..lawok le. Dan isu2 yg dibincangkan dlm forum Nikah connecting people mmg kena dengan revolusi remaja zaman sekarang. Dari isu pra nikah-nikah. Dan ustz tu pon ade berkongsi pengalaman beliau. Tapi rasanya isu kawen ni, kalo dibincang, 2-3 hari pon x sudah. Ada je cerita nya tersendiri. Hari tu masa ceramah pon saya rasa mcm mase cepat je berlalu. Tahniah kpd UPIMI yg berjaya menganjurkan program tersebut.

saya amik artikel ni dari kawan saya, renung dan fahami yep.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.*

*Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.*

*Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.*

*Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.*

*Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.*

*Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.*

*Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.*

*Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?*

*Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?*

*Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.*

*Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.*

*Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.*

*Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " *


Nota jari 1: Dan jika anda rasa ingin tahu lebih lanjut ttg kawen sila gi website ini.

Nota jari 2: Jgn tergesa2 membuat keputusan. Tp jgn la lembab sgt.hehehe.

Nota jari 3: lambat la 9/9, nak 8/8 bley??hehehe

Nota jari 4: vote for change. peace v('',)v tiada kaitan pula