Saturday, June 30, 2007

angan2 ke cita2

saye pnah ade satu angan2, nak bukak satu francais cam coffee bean atau coffee break(nape coffee break tutup ek?kompius)..emm, saye tetibe mendpt angan2 tu mase mak saye cakap kawan dier ade bukak satu coffee shop yg ade internet access kat situ...kawan mak saye tu ade lah org kompiter cam mak saye jugak..jadik saye mmg x heran la kalo coffee shop dier ade tenet ke ape...yg penting saye suke konsep coffee shop tu..mmg biase jer sbnrnyer bukak coffee shop ke hape..tp saye nak wat stail lain sket..nak nama coffee shop tu saye yg punye bukan kedai kopi mane2 branch, bukan juge kedai kopi Pak Amat kat tepi jalan..saye nak namakan dier D'Caffe House(dah ade ke name ni ek..kalo x aku book, trademark..haha) D for Doyot..pastu kopi tu saye nak ikot citarasa yg saye suke, sbb saye bukan penggemar kopi, jadi rase2 nyer saye akan bagi hak mutlak merase kopi tu kat mak saye je la, sbb dier penggemar kopi yg setia..errkk..cmner la aku ni ek..nak bukak kedai kopi, tp x suke kopi..nampaknyer terpakselah saye masukkan unsur2 coklat kat kedai saye tu..huhu..

Tp masalahnyer skrg ni, saye amik medic..cmner la nak bukak kedai kopi tu ek?..x kan la saye nak bukak kedai kopi sblh klinik saye yg juge bernama poliklinik doyot...erkk...tp rase2nyer logik jugak..sementare patient tunggu saye merawat kat klinik, adlah baik kalo mereka singgah di kedai kopi saye kan??..

Di samping itu, boleh jugak bukak hot spot tenet kat situ..di samping mereka menunggu saye merawat, lebih baik mereka search kat tenet dulu, ape symptom2 yg mereka ade, pastu nanti mintak la kepastian dari saye ape Dx penyakit mereka itu..hahaha..

ok x??mmg berangan tahap gaban nih...suka ati la..

Haha..dah la tu doyot..ni angan2 ke cita2 ek.?=)

Friday, June 29, 2007

cerita ceriti..

with words we can conquer the world

Mak aka Balqis ade kirim ke saye satu artikel yg best..mekasih ye Mak..jom renungi maksud kat bawah ni bersama2:

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seoranggadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari
"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku :
Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,

lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat ,
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing
masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . .
Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,
tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam...


" Manusia yang mengejar cinta selain cinta ALLAH, umpama mengejar fatamorgana di waktu terik, jiwanya lemah, akalnya lesu, ibadahnya tawar, jihadnya pudar... "
salam ukhwah fillah,
Wan Nor Balqis Abd. Aziz

Thursday, June 28, 2007

STRESS.. STRESS.. STRESS

with words we can conquer the world

Hari ini saye sgt stress..ye saye tau stress x elok dan saye telah pon bagi tips2 kepada anda untuk menghilangkan stress..tp saye ttp stress..knape ye saye stress..saye stress ngan pakcik Indo yg keje kat umah saye..memandangkan mak saye telah bagi hak mutlak kepada saye untuk memilih cat rumah..maka mestilah saya kena menggunakan hak itu sebaik2 nye..maka, saya lah yg deal dgn kepala pekerja2 Indo tersebut yg sgt sengal..hwaarrghh..Memandangkan saye telah memilih warne2 umah saye yg pada saye cantek la..hahaha.maka adalah menjadi kewajipan untuk dier membeli warne cat2 umah tersebut..setelah saye mengexplain warna2 yg saye nak siap tunjuk lagi design umah kat dier, maka dier pon pergi lah beli cat2 tersebut..tp malangnyer, pekerja2 dier telah mengecat umah saye ngan warne yg salah sbb pakcik Indo yg sengal tu telah silap beli warna cat umah saye..huarghhh..ko mmg sengal..suke2 je cat kale umah aku kuning yg buruk tu..Saye dah ckp ngan die, saye nak kaler bla2..tp dgn pnuh kesengalannyer dier kate ..oo, org cat tu silap bagi kaler cat la..wut tha??..ko x cek dulu ker mase ko dpt kaler cat tu..dah la main suke2 je tukar2 kaler umah aku...yg menjadikkan aku bertambah bengang, biler sesuka hati jer kate, ala yg ni cat la camni, yg tu cat camtu.bla2..ko ingt umah ni, ko punye ker, suke ati aku lah nak cat warne ape..pastu dier tanyer aku, yg pintu ni nak kaler ape..pastu biler saye ckp nak warne bla2..dier kate, x nak lah..saye nak cat warne pilihan saye..lepas tu..aku ngan penuh kebengangan nyer berkate..dah tu knape tanye saye kalo awak nak kaler camtu..nak je aku ckp..oit, ko ingt ni pintu ko ker, yg ko nak cat ikot kaler feveret ko tu..leh lak tu gi kutuk kat mak saye, ckp ingt saye ni bagus sgt la..haha..ko ingt mak aku x ngadu kat aku ke..mak aku lagi suruh aku marah korg ade la ..ape la nasehat mak aku ni ek..

kesilapan 3 yg membuat aku pissed off giler ialah, biler dier telah sesuka hati menukar dsign pintu yg mak saye nak..ape tah alasan dier bagi..pastu mak saye tanyer,,knape ni bukan design yg saye nak..kan haritu saye pilih yg lain..dgn selamba rock dier kate kat mak saye..kalo mak aji nak..pergi la tukar sendiri..oit..mak aku bayar ko suruh wat keje tau..bukan mak aku yg wat keje..ni lagi nak kena blasah ngan aku kot..perghh..

dan disebabkan kerja2 pembinaan umah ni x siap, maka x dapat la saye pulang ke kampung jumpe atok ngan nenek saye, sebaliknyer terpakse berhadapan ngan diorg2 ni sampai la umah saye siap..perghh..cat aja ga' becus..sape la yg amik korg ni ek..nak aje aku antar balik Indonesia..banyak songeh lak..lempang laju2 karang..

esok, saye kena lagi berhadapan ngan diorg nih..hopefully esok x de lah membare cam hari ni..siap la korg besok..kalo mcm2 lagi ama aku, aku pos laju jer korg ni ke Indonesia balik tau..haha..gelak jahat..

wah..hari ini saye sgt garang..mmg la korg ni..saje jer nak test patience aku tau..tahap kesabaran aku dah la below zero..korang nak main2 lak ngan aku..uish..silap ah.

I'Allah minggu dpn bermula attachment saye ngan toy n belle chan kat HSA..huhu..semoga dipermudahkan urusan..

p/s: Biler engkau minta kesabaran, Allah bagi ujian untuk kau hadapinya..umphh..saye fail ujian Allah kali ni..

Tuesday, June 26, 2007

shopping n me n aurah vs fesyen

with words we can conquer the world

waaaaahh..hari ini saye bershopping giler..brp ek duit habes..x kire plak..x mo kire.nnt rase ber salah..sbb rase membazir yg teramat..ape je yg ko beli rase membazir..sbnrnyer tujuan shopping nak gi carik baju kawin baju raye..tp since malaysia is on mega sale..melalut la ape lagi..well..girls will be girls.sanggup lak tu x gi makan tghari sbb nak carik baju raye..oit doyot..apsal ko carik baju raye awal sgt..awal ke??ntah la..sbb saye dah x de mase nak balik mesia.tp saye rase best shopping is pergi Saba Islamic Media..sbnrnyer tujuan saye gi kedai ni..saje je..x de lak niat nak gi beli ape2 kat sini..tup2 dah hbs dekat RM100 kat sini..best finding saye kat sini is satu DVD of this priest that embraced Islam at the age of 50...mgkn agak lmbt..tp lebih baik dari tidak kan??..This former priest actually met this one Muslim, and this former priest nak convert him to become a Christian yg pada dia to be saved 'in the Name of Jesus'..However his encounter with this Muslim and the events that followed impacted him and his family greatly. Eventually he and his wife and children embraced Islam, as well as his father and stepmother..Subhanallah..dier bagi Hidayah pada sesiape shj yg dier kehendaki..

capek giler..tomorrow plak nak balik kampung to meet my atok n nenek whom i love so much...yeay..can't wait..afta that pergi kenduri kawin saye kazen saye..huhu..agak bizi sedikit tis hols..what about attchmnt huh..dunno la..

td mase shopping tudung..mcm2 jenis fesyen ek zaman skrg ( ayat org tua2..hhaha)..serabut mate tgk..dan yg pasti mesti la byk yg fesyen 'open air'....tah la..pada saye menda2 nih dah boleh pikir sendiri kan..Tepuk dada tanye Iman..sum people say..indeed a true story, the dialogues are like this' Ala..x pe la..wat pe nak pakai tudung skrg..pakai nanti la.."..When is nanti??..Satu je la yg kiter kena ingt..biler kiter wat satu2 kesalahan..kiter meletakkan sebelah kaki kedua ibu bapa kiter kat neraka..which mean, they might fall into hell anytime...X kan la biler kiter dah x de rambut or rambut dah beruban baru nak cover ur hair..sorry if i'm so sharp tongue for this entry...i'm not ustzah or alim ulama yg nak bagi hadis bla bla..tp yg sebaiknyer yg patut kiter tegur, tegur la..terus terang..saye mmg x mampu tegur dgn mulut..sbb at the end.saye akan nanges..saye nanges sbb saye dah lukakan hati org ngan kate2 saye..walopon saye tau itu betul..tp mgkn cara teguran saye x dpt diterima..

Td mase pilih2 tudung, jumpe yg comey, tp sayang jarang la..when i ask the makcik, ade tak yg tebal sket..then she said, that's the only one left and i'll give u low price for that tudung....maka bermula la saye bermonolog dlm diri..waah..sgt bergembira sbb sgt murah..dah la yg saye nak n cantik..but on my other side said..but Nor it's jarang la eventho it's cantik pon..maka setelah agak lame diam..the makcik said to me.'mase mule2 beli mmg la jarang..tp nnt dah lame2 basuh, baru la jadik tebal'. umpphh..nak aje saye jawab..kain ape yg magic lelame jadik tebal tu makcik..kalo gune Breeze buku baru pon setau saye bertambah kaler bukan bertambah ketebalan kain..waarrgg..this makcik sudah tipu..ayoo..seb baik la saye tekad..x beli pon tudung tu..sesia je makcik tipu saye..hahaha..

ok la nak sambung tgk emil emilda yg comey n klakar..hahaha...x logik giler citer ni..tp best..

p/s: perempuan yg baik utk laki2 yg baik..laki2 yg baik pon untuk pompuan yg baik..

Sunday, June 24, 2007

MAlaysia oh Malaysia

with words we can conquer the world

Hari ni sgt capek(bace:pnat)..reached home safely yesterday..yeay..was surprised by the house condition..huhu..renovate huh??..been bullied by the Ind workers to speak in Indonesian language..huarghh..wut tha?..you are at Malaysia, then speak la in bahasa..Yesterday there was an indonesian woman had a conversation with us at the airport in Solo..

Makcik Indon: Ini dari Malaysia ya??

Us:Ya Ibu dari Malaysia..

Makcik Indon: anak saya juga ada blaja di indonesia..Di UIA..

Us: OOo..ye ke..(aku dlm hati:mesti anak makcik hensem..hahaha)

Makcik Indon: Tp saya itu pernah duduk di Malaysia(jumpe anak die la kot)..byk Chinese ya..dan byk jugak yg x pakai jilbab(baca:tudung)..Saya pikir kalo di Malaysia itu since Islam is an official religion..ramai la yg pakai tudung..tp saya rasa kaya'(seperti) di neraka..Mendingan (Lebih Baik) di Indonesia..byk yg pakai jilbab..

US: Diam.sbb x tau nk ckp ape..huarghhh

aku dlm hati dh..wow...x kan nak expect chinese pakai tudung. Eventhough the phrase was kinda hyperbolic, but think on the other side..mgkinkah, yg nmpk cam chinese tu ialah Melayu Islam tp berpakaian ala2 chinese..Bukankah Allah dah larang kita berpakaian seperti org kafir..Hati kecewa lagi..dahla negara kite dah bukan antara negara yg tersopan..SOPAN ITu CANTIK tau ga' sih..mmg betol..mase smlm...saye nak small change to call my mom pon that person relied in such a bad manner..mane la org x ckp Malaysia ni dah x sopan..it's true..kite la kena blajar balik dgn org dulu2..cmner nak blajar bersopan..jgn la tau adab meja makan guna fork n spoon je..tp x tau cmner nak hormat org lain kat sekeliling kiter..buat penat je blaja dulu kat skolah pasal adab2..tp x apply kat kehidupan harian..hanya apply kat atas kertas yg mmg x membangunkan ummah langsung..

Back to conversation wof the makcik..somehow pikir2 balik, since saya dh blaja kat Indon..btol la jugak kate2 makcik..tp diorg pon x semua yg pakai jilbab..tu la saya rase makcik tu silap..Kalo di Indon yg paling2 saye respek is x kire la siape kiter, budak punk yg tindik 2-3 ke, minah cashier yg pakai skirt atas lutut ke, yg pakai baju x cukup kain ke, tp biler smpi waktu kena solat..diorg mesti pergi solat..dan BERJEMAAH..ya..itu saye respek..look at the niat dulu..jgn look at their way...walopon niat x menghalalkan cara..

Oklah..ak sambung watching 'one liter of tears'..yg sgt sedey..huhu..

Tuesday, June 19, 2007

Hari yg riang untuk jalan2 carik makan

with words we can conquer the world

hari ini, saya telah melepaskan gian saya untuk mkn kat 'Special Sambal' (bace :SS) yg mmg superb ah sambal dier..hari ni jer saye telah menghabiskan 23 ribu untuk mkn SS..meh kiter teliti cmner saye telah menghabiskan 23 ribu tersebut kat SS.oo ye sila convert ke duit mesia skrg RM1=Rp2500..so kira2 dlm RM9.20..Jadi kalo di bhg 2 lagi..sbb makan malam n makan siang..RM4.60..

Ayam goreng(2)=Rp8000

Telor Dadar Gobul2=Rp2500

Sayur Asem = Rp2000

Kecap(Sambal Bull Shit) = Rp1000

Tomat(Sambal The End) = Rp 1000

Sambal Terong = Rp 2000

Jus Jeruk(baca:jus limau) = Rp2500

Nasi(2 )=Rp 4000

WAaaaahh...byk betol sambal saya makan..seriyes..saye sgt suka sambal terong dier..mmg paling sedap kat alam semesta..dah beberape hari tanyer dier sambal terong ade tak..,mesti jawapan dier ''kosong mbak''..nak je saya jawab, pergi tanam sekarang..seb baik akal waras lagi..hahaha

Kalo korg lihat menu2 kat atas..msti korg rase pelik apsal aku mencarut2 lak ni..x de la..sbnrnyer tu nama yg dier bagi..kalo sayur 'plecing Jawa' dier bagi nama SAMBAL ESCAPE..aku x tau la kot sbb baru lepas tgk Prison Break ke baru dier dpt ilham bagi name cenggitu..huhu. kalo sayur Trancam plak nama best dier letak Sambal Scare..haha..kreatif diorg ni kan?? kalo sambal dier pulak..ade byk gell jenis sambal..meh kiter teliti nama2 mereka

Sambal Belut : sambal Smack Down (aku kira...mesti tergolek2 la lps makan sambal ni..)

Sambal Teri atau pon sambal ikan bilis: Sambal ngakak (aku x paham..ni bhs Jawa atau Indon)

Sambal Tempe: Sambal Ngedrop (eat till u drop ??!!)

Sambal Bawang: Sambal Goalpal (pedas giler..)

Sambal Kecap:Sambal Bull Shit (sambal ni x pedas..ala2 cam korg mkn ikan bakar dgn kicap cmpur limau campur bawang tu..ala yg cam kat Medan Bakar Umbai tu..yo yo je aku..)

Sambal Bajak: Sambal Teroris( haha..aku x pnah mkn lak sambal ni..takut..hikhik)

Sambal Pecel: Sambal Wake Up( bangun..bangun..bangun..selamat makan..)

Sambal Bawang Tomat: Sambal Praying (moga2 jadik insof pas makan sambal ni ek,,hehe)

Sambal Tomat: Sambal The End (huhu..tersangaaaat pedas..sampai pening..ostium pharyngeum tubae auditivae aku pon turut terinfeksi pedasnye..huhu)

dll..ade byk lagi..dan rase setiap satu sambal tu berbeza sgt2..tu la..sambal je pon dah boleh bukak bisnes..giler ah..kalo korg dtg Djokjda..ayo deh mampir ke tempat gue..nnt gue tunjukin ..

p/s: Sori la x de gambar..nnt2 la ye..=)..hari yg riang..


10 Wasiat Imam syafie

with words we can conquer the world

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Huhu..sbnrnyer, sumer benda2 ni kite tau, tp saje wat2 xtau..peringatan ini ditujukan khas untuk doyot yg imut lagi bandel

Imam Khomeini:-''Aku tidak akan menukar satu jam waktu untuk bersenang2 dengan belajar, dan aku tidakpula satu jam blajar untuk bersenang2''


Saturday, June 16, 2007

saya dan kepulangan

with words we can conquer the world

hwa...sgt ramai kawan2 saya yg pulang ke kampung pada hari ini..berase jeles..sbb mereka akan balik kampung makan yg best2, jumpe famili..saya hanya dpt wat sumer tu hanya seminggu selepas dr skrg.hwaa...saya sgt 'sakit rumah'..tp walopon begitu, saya ttp tabah untuk mengambil remedial blok 10 yg mencabar itu, atopon disebut oleh mbak prita sbg blok ajaib..knape ye dipanggil blok ajaib..sbb tradisinyer blok ini tersaaaaaaaaangat susah untuk dpt A..huhu.. xpe lah..saya hanya berusaha, Allah menentukan...azree bagi saya satu mesej yg berbunyik begini:

'barangsiapa yg bertakwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jln keluar dan memberinya rezeki dari arah yg x disangkanya, dan barangsiapa yg bertawakal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya-At Talaq:2-3'

yakinlah, sebgmana yg terjadi pada zaman Rabiatul Adawiyah semasa dilahirkan..Disebutkan nama Rabiatul Adawiyah diambil sbb dier anak ke-4, dan dier bekerja sbg penambang bot(yg baawak penumpang)..sbb tu nama dier Rabiatul bermaksud ke-4 dan Adawiyah yg bererti penambang..So masa dier dilahirkan memula dulu, ayah dier sgt miskin, hinggakan x de api kat umah sbb bekalan minyak tanah dah hbs..lalu lahirlah Rabiatul Adawiyah dlm kegelapan..mak dier suruhla ayah dier untuk pinjam lampu dr umah jiran sblh..walopon sbnrnyer ayah dier sgt la x suke untuk meminta2 dr org melainkan dari Allah s.w.t. Tp untuk sejukkan hati mak dier, dier pergi la untuk jumpe jiran dier, dier ketuk pelan jer sbb x nak jiran dier dgr, so dier pon baik umah n kate kat istri dier, "jiran dah tido la"..pastu
tah cmner dier berdoa ngan penuh keyakinan kepada Allah, sbb dier yakin Allah jer yg bolehbg rzeki kat dier, lalu x semena2 dlm mimpi kot dier jumpe Rasulullah, Rasulullah kate, tulis surat koat sorg pemerintah ni, yg berbunyik begini, kamu dah lame x berselawat kepda ku, maka kamu harus bagi kepada pemberi surat ni, beberapa ratus dirham'..Terdiam org itu dan menangis, dier pon kate benar, aku dh lama x berselwat kpd Rasulullah..lalu dier bagi duit kat org tu, dan alhamdulillah, ayah dier bole la nak beri barang2 keperluan..


nak dijadikkan criter, kisah benar saya plak ek..saya tau, saya mmg x brape terer bab2 blajar nih, tp mase saya PMR dulu kat skola, hari2 saya doa dgn kawan2, Ya Allah bagi la kami semua lulus cemerlang 100% PMR straight A's...tah la mgkn sbb mase tu saya junior lagi kot, so x de la nak sgt nak wat perkara2 lagho ni. jadik tiap2 hari kami akan bace yasin n solat hajat bersama, dan kalo ade cuti2, lakukan solat tasbih, solat hajat, tahajud untuk PMR..saya x suke stay up smpi skrg..saye pernah stay up untuk PMR hanya sekali jer, walopon skolah saya dah bagi kebenaran untuk stay up..tp saya x suka la,bangun lmbt dan pergi skolah ngan muka ngantuk x awet mude la beb, tp ye saye rajen untuk pergi solat bersama teman2 yg sgt semangat mengejutkan untuk bangun malam waktu itu, kawan2 saye akan pergi ke dorm2 untuk mengejutkan teman2 spy pergi surau bersama...jadik saya akan pergi ngan penuh bersemangat, sbb kami semua ade satu tujuan yaitu, nak dpt kan 100% straight As in PMR..wow, jadik kami seramai 120 org waktu tu, dgn penuh rase khusyu', dan dpt tazkirah dr DR. Shebob, Dr.Bero untuk sama2 melaungkan batch spirit 'Fight till the end'..Mase tu rase bersemngat sangat, dan bermula perjuangan kami sbg "Fighterz"..Pergi skola ngan penuh smgt, and pakai jaket batch warne biruyg besar, pergi amik peperiksaan..dan Alhamdulillah, pada tahun itu, batch kami diumumkan juara PMR mengalahkan SAS, yg kini dikenali sbg ASIS for the first time ever..wowwwwwwwwwwiiiwwww....sangat gembira..panjang plak criter pasal skola nih kan, huhu..sbnrnyer nak ckp, bahwa kalo kiter doa bersungguh2 Allah akan mengabulkan doa kiter, dan kiter harus sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah, kadang2 kiter rase dah berusaha sungguh2, tp sbb kiter x bergntung kepada Allah, maka allah x kan bagi ape yg kiter nak..huhu..


Senarai to do this holiday:-


-Membaca qadha' buku2 cerita yg dipinjam
dr k,jim (sila lihat gmbr sebelah)

-blaja masak ngan nenek saya..haha..mesti2

-bace anatomi smpi muntah

-wat attachment..

-blaja cara bawak motor yg betol dr adek saye..huhu..td hampir nak langgar kete, dan untuk kali keduanye saya kat sini, disaman, diulangi DISAMAN..sbb langgar lampu merah,rabun warne ke ape aku ni..huhu
..ok lah nak smbung bace blok ajaib untuk dpt gred yg I'Allah x ajaib..kun fayakun..doakan saya ye..
p/s: bukan susah nak jadik baik, tp jadik susah sbb akal kiter yg kata susah, badan hanya mengikut akal fikiran, badan boleh buat, tp akal dan hawa nafsu kate jgn..hindarilah ia dgn byk ingt mati, dan betapa susahnyer nak tanggung dosa tu kat akhirat..I'Allah segala2nyer akan jadik senang..peringatan untuk doyot yg imut n bandel lagi bawel..huhu..blaja oi blaja

Wednesday, June 13, 2007

Echo principle

with words we can conquer the world

There was a discussion between a son and a father about how do we ensure that we get the best things in our life. the conversation was like this

Son: Ayah, how do we ensure that we get the best things in our life

Ayah:Well, I don't think that we can be certain that we could always get the best things in life. We may get the best, the worst and everything in between, all in turns. But, like I said if we try very hard, work hard and pray to Allah, Insyallah, good things will come.

Son: What about the Echo principle, Ayah

Ayah: The what?!!

Son: The Echo principle. Well, its like this, if you shout something at a cliff, you will hear echo right?

Ayah: right

Son: So, if you shout bad things, you will hear bad things coming back to you. If you shout good things, then only good things will come to you'

ayah: Umm

huhu..Echo principle..never thought that analogy will be like that, but it's true rite guys?? If u want good things come to you you should give good things first..

Sunday, June 10, 2007

TKC vs STF

with words we can conquer the world

td saya curhat( curahan hati ) dgn KEri jr. Huhu...sje melepaskan tensyen exam...Tetiba rase down plak sbb x dpt jadik hebat..huhu.Entah cmner,dlm curhat tu tetiba termasok lak criter zaman skolah2 asrama dulu..huhu..biler terkenangkan balik, rindu sesgt dgn skolah. rupe2 nyer x de lah byk beza sgt d segi rules btw STF n TKC. PErsamaan paling ketara iala kedua2nya skolah perempuan..diulangi SEKOLAH PEREMPUAN..KAlo sape yg berperspektif negatif ttg skolah satu kaum ni, mesti ade byk lontaran atau kata2 x best yg dikeluarkan kepada sekolah sumer perempuan ni. tak yah la criterkan balik..buat sakit hati jer coz they won't understand. But for me yg dr form 1-5 skolah sumer perempuan was the best thing happened in my life..seriyes...oo sambung criter borak ngan Keri.. antara isu yg kitorg bahaskan, of course rules


1st:PREP( Preparation Class)


STF: Sabtu x de prep..baik pagi maupon ptg..
TKC: Sabtu prep 8-10a.m, afta that heaven..yeye
Ahad: Afta house meeting n house cleaning, baru prep 10.30-12.30.
pastu prep malam 8-10 p.m

2nd: dinner

STF: afta dinner which is at 7 pm, boleh balik dorm..pastu gi surau for maghrib prayers
TKC: Strictly, after dinner, pergi surau.Xkan ade sesape yg berani nk gi balik dorm.bukan sbb takut hantu tp mmg rules kate x boleh..this is to prevent the students from praying at their dorms..haha.aku lah tu salah sorg..dulu la..sebelum jadik naqibah. So for students yg x leh smayang, stay kat class.. tetiap hari prep ptg habis kol 4.30 dan selalunyer ade sukan afta that e.g: kawat, hoki, basket, volley ball, n byk lg yg rata2 habis dlm kol 6 lebey, so afta activity cecepat mandi atau you're going to be late comer and ur name going to be announced at the dining hall by prefects..usually the late comers sorry to say are seniors, and if there is junior be a late comer,mmg habislah kena boo sbb, jr x boleh dtg lmbt..senior jer boleh..hahah..amenda la rules ni kan??.btw..afta jr ni kena boo, and then, at the next house meeting which is on sunday, siap la..kena marah la tu..huhu..zaman jr, mmg asyik kena marah jer..x tipu..dan jr adalah pd zaman form1 n form 2 jer..zaman form 3 dah x kena marah n doing stuff for seniors..yeay..mmg saat yg dinantikan..

3rd: outing

STF: outing hanya 3 jam
TKC: outing afta prep( kira2 10.30) smpi before 6..waahh..sgt lama..mmg best dpt outing..walopon asyik2 tmpt yg kitorg slalu pergi adalah Terminal 1, Seremban..huhu..tp best la sbb sgt release kan tensyen..naper tah..tp outing hanya 2 kali dlm sebulan..byk btol duit nak outing tetiap minggu..befire go for outing, kena hantar pas keluar kat warden untuk ditandatangan, pastu baru leh kluar ngan riang gembira..haha..Antara skolah2 yg kalo kluar kitorg slalu jumpe are, SMAP labu, SDAR(oren, tau la tu budak SDAR)..n skolah ape tah lagi..SASE kot(sains seremban, skolah baru yg bertapak di SDAR lama)..mmg x tegur pon..dah name x kenal..sbb tu kot org slalu kate TKC ni sombong..daa..saya pnah jer mase camping dulu wakil skola ngan junior saya kat Pedas kot..(saya x ingt), dpt soklan free, knape skolah awak, budak2 dier sombong??mase tu night walk..so saye x tau la sape yg tanyer..KAlo nmpk muka mesti saye dah bagi jelingan maut. Dengan sedaya upaya untuk tidak emo demi menjaga nama baik skola, saya pon jawab.."rasenyer tu terpulang kat pendpt masing2. ade yg kate sombong..tp sebenarnyer x pon..huhu''..pastu saya blah jer meneruskan night walk saye..malas nak layan org2 berfikiran sempit cam nih..dan ye, pernah seorg senior dr MCKK( nama dirahsiakn) berkata..budak TKC bukan katak bawah tempurung, tp katak bawah kotak kaca, yg kalo kena ketuk ngan kapak pon, kaca tu x kan pecah..terdiam saya dengarnyer..x sangka..sbb traditionally tkc baik ngan mckk, so kata2 tu bukan dianggap sbg kutukan ttp sbg nasihat..cuba lah berubah..huhu..knape yer, org suke high expectation kat budak tkc nih??

4th:organisasi

STF: ade MPP( MAjlis perwakilan pelajar, yg slalunyer terdiri dr org2 yg disukai ramai)
ade EDA( Exco Dakwah dan Rohani kot)..Keri kate byk bebudak yg alim2..mesti lah..kalo x nnt x de org respek
TKC:x de pon MPP..Kalo nk lawan rules baru yg warden buat, lawan sama2..wat satu meeting dgn warden, ckp ape yg kitorg x puas hati..senang..face to face.
ade BADA(badan agama dakwah dan akhlak)..naqibah2 dipilih oleh ustzah n cekgu..


ade byk lagi sbnrnyer, tp ringkasan nyer tu lah ..siket jer perbezaan, rata2 rules sama..huhu..kalo pilih nak balik zaman skolah balik, ye saya nak..sbb saya suka zaman skolah menengan..penuh kesengalan..hahaha

batu bersurat tkc..hahaha..batu ni, kalo masok gate nmpk la..misz college so much


basketball court btw block F and E.tmpt band members slalu praktis.2 building kat atas tu ialah block rumah biru(Tun Fatimah)

Saturday, June 09, 2007

Kiat Sihat Ala Rasulullah

Pertama: Selalu bangun sebelum subuh

Rasul selalu ajak umatnya bangun sebelum subuh, laksanakan solat sunnah, solat fardhu, dan solat subuh berjemaah

Kedua: Aktif Menjaga KEbaikan

Rasul Sentiasa rapi dan bersih, setiap hari Khamis dan Jumaat selalu cuci rambut2 halus di pipi, selalu potong kuku, bersisir dan berminyak wangi

Ketiga: Berjalan KAki

Rasul Selalu alan kaki ke masjid, pasar, mengunjungi rumah sahabat, sebabnya dengan berjalan kaki pori2 terbuka dan darah berjalan lancar. Kalo dlm perubatan org yg ade vascular disease mmg dianjurkan berjalan kaki sbb akan ade revascularization or pembentukan pembuluh2 darah yg baru.

Keempat: Tidak PEmarah

Nasihat Rasulullah, jgn marah diulangi hingga 3 kali. Ini menunjukkan kesihatan dan kekuatan muslim pada kebersihan dan kesihatan jiwa. kalo org tu sedg marah dlm keadaan berdiri, suruh ubah posisi kpd duduk, pastu kalo marah lagi baring, pastu kalo masih marah ambil wudhu', kalo marah lagi solat sunat 2 rakaat..(kalo aku, dh lame lempang je org tu laju-laju..suke2 je nak marah)

Kelima: Optimis dan Tidak berputus asa

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yg mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakkal pd Allah..Huhu..OSCE..OSCE..OSCE..saya akan ttp optimis

Keenam: Tidak pernah iri hati

Untuk menjaga kestabilitas hati dan kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yg cept