Tuesday, April 22, 2008

Yg hidup pasti kembali


with words we can conquer the world

Semalam saya dikejutkan dengan suatu berita menggemparkan, terutama skali untuk penghuni kost B9F. Bapak yg jaga kost, Pak Sarindi meninggal dunia pagi semalam. Arwah meninggalkan balu dan anak lelaki. Dia dah jaga kost tersebut lebih dari 3 tahun. Kehilangan beliau tiada ganti. susah nak jumpa org sebaik beliau. Semasa saya pergi tahlil, terlihat wajah istrinya lesu tak bermaya. Sedih, terkejut, putus harapan pasti bermain2 di fikiran istrinya.

Byk juga kenangan saya dan rakan pre med dengan beliau. Memandangkan kami ialah pioneer kost tersebut, maka kami jd rapat sket la ngan Pak sarindi. Pak Sarindi ada sebuah bilik di kost tersebut untuk melepaskan lelah. Setiap pg, saya dah nampak dier terbongkok2 membersihkan kost. Maklum, walaupon namanya kost cewek, tp ia ialah, mana bisa semuanya pembersih. huehuehue. Tapi Pak Sarindi tak pernah mengeluh, tugas tetap dilaksanakan. sabar dan tekun. Tak pernah dengar beliau merungut dengan tugas2 yang di amanahkan. Membersihkan corridor kost, menyiram pokok, membersihkan dapur, dan ruang tamu. Semua itu dilakukan dengan teliti. Suka tengok lantai kost yang berkilat. Kalau tak pakai selipar pon tak pe. sebab rasa bersih.

Saya masih ingat menunggang basikal beliau yg sudah agak usang. Ya, beliau masih menggunakan basikal tua itu, yang kadang tak ubah spt besi buruk. Pernah saya dan Pela naik basikal itu untuk ke Putera Kampus. Terkadang, kalau saya ke kedai, saya mesti belikan biskut sebungkus dua untuk beliau. Dan beliau pasti terima dengan senang hati. walaupon kadang2, tak de lah mahal pon biskut tu. Beliau juga sangat rajin. Pernah suatu hari, dia terpandang kipas kawan saya yg agak berhabuk, beliau meminta untuk membersihkan kipas tersebut tanpa sebarang upah. Kalau beliau menyapu di korridor, tak pernah saya nampak beliau menjelingkan mata untuk melihat isi bilik, maklum kalo dalam kost tu mesti la pakai agak kurang sopan.

Masih terbayang juga muka beliau saat kami anak2 kost pulang lewat malam, dan mengetuk pintu kost untuk masuk, beliau yang sudah tidur , terus bangkit membuka pintu kost. Tanpa sebarang rungutan dan dengan senyuman terukir, sabar beliau membuka pintu tersebut. Kami juga sering minta beliau carikan buah salak untuk dibawa pulang ke Malaysia. Beliau,pasti tolong carikan, dan membungkus buah tersebut untuk kami. Tak perlu bersusah payah mencari di kedai buah tepi jalan untuk mencari buah salak yang bagus.

Kalau Pela, mesti suka bercerita tentang bola dengan Pak Sarindi. Dan Pak sarindi pon mesti la tak mahu kalah dengan Pela dalam bercerita. haha. Pak Sarindi pon memanggil Pela sbg Pela, tidak seperti org lain yg memanggil Pela sbg Nadiah. Kelakar juga bila terkenang gelagat Pela dan Pak Sarindi. Ada sahaja yang Pela nak kenakan pada Pak Sarindi. Masih teringat dialog beliau yang famous kalau kami semua pulang Malaysia "Kost jadi sepi. tiada siapa2." Beliau juga seorang bapa yang penyayang. Pernah sekali beliau curhat kepada kami, menyatakan anak nya sangat teringin untuk beli handphone. Tapi dia tiada duit untuk beli. Sedih juga terkenangkan, anak 2 beliau semua tidak bersekolah kerana kemiskinan.

Sekarang beliau sudah pergi, sedih tapi kita tetap harus menerima hakikat walaupon pedih. Jasa dan budi beliau akan selamanya dikenang. Al-fatihah


1 comment:

Anonymous said...

doyot.. sedih la bc post ni.. innalillahh

takziah..