Wednesday, April 30, 2008

The Forgotten

with words we can conquer the world

Lately i've been having this symptom of forgetfulness and tiredness and confusion.. Sometimes i can't keep focusing on certain task that i do exclude studying of course.eheh..so i goggled up the symptoms and guess what, i might have vitamin B deficiency, but a mild one i guess. So i made myself eating this vitamin B pill that i bought from the pharmacy. Let see what's going to happen after one week of consuming this pill..eheh..ur body is the best laboratory though..

ok.in the mood of exam..gotta study..=)chaiyok

Tuesday, April 22, 2008

Yg hidup pasti kembali


with words we can conquer the world

Semalam saya dikejutkan dengan suatu berita menggemparkan, terutama skali untuk penghuni kost B9F. Bapak yg jaga kost, Pak Sarindi meninggal dunia pagi semalam. Arwah meninggalkan balu dan anak lelaki. Dia dah jaga kost tersebut lebih dari 3 tahun. Kehilangan beliau tiada ganti. susah nak jumpa org sebaik beliau. Semasa saya pergi tahlil, terlihat wajah istrinya lesu tak bermaya. Sedih, terkejut, putus harapan pasti bermain2 di fikiran istrinya.

Byk juga kenangan saya dan rakan pre med dengan beliau. Memandangkan kami ialah pioneer kost tersebut, maka kami jd rapat sket la ngan Pak sarindi. Pak Sarindi ada sebuah bilik di kost tersebut untuk melepaskan lelah. Setiap pg, saya dah nampak dier terbongkok2 membersihkan kost. Maklum, walaupon namanya kost cewek, tp ia ialah, mana bisa semuanya pembersih. huehuehue. Tapi Pak Sarindi tak pernah mengeluh, tugas tetap dilaksanakan. sabar dan tekun. Tak pernah dengar beliau merungut dengan tugas2 yang di amanahkan. Membersihkan corridor kost, menyiram pokok, membersihkan dapur, dan ruang tamu. Semua itu dilakukan dengan teliti. Suka tengok lantai kost yang berkilat. Kalau tak pakai selipar pon tak pe. sebab rasa bersih.

Saya masih ingat menunggang basikal beliau yg sudah agak usang. Ya, beliau masih menggunakan basikal tua itu, yang kadang tak ubah spt besi buruk. Pernah saya dan Pela naik basikal itu untuk ke Putera Kampus. Terkadang, kalau saya ke kedai, saya mesti belikan biskut sebungkus dua untuk beliau. Dan beliau pasti terima dengan senang hati. walaupon kadang2, tak de lah mahal pon biskut tu. Beliau juga sangat rajin. Pernah suatu hari, dia terpandang kipas kawan saya yg agak berhabuk, beliau meminta untuk membersihkan kipas tersebut tanpa sebarang upah. Kalau beliau menyapu di korridor, tak pernah saya nampak beliau menjelingkan mata untuk melihat isi bilik, maklum kalo dalam kost tu mesti la pakai agak kurang sopan.

Masih terbayang juga muka beliau saat kami anak2 kost pulang lewat malam, dan mengetuk pintu kost untuk masuk, beliau yang sudah tidur , terus bangkit membuka pintu kost. Tanpa sebarang rungutan dan dengan senyuman terukir, sabar beliau membuka pintu tersebut. Kami juga sering minta beliau carikan buah salak untuk dibawa pulang ke Malaysia. Beliau,pasti tolong carikan, dan membungkus buah tersebut untuk kami. Tak perlu bersusah payah mencari di kedai buah tepi jalan untuk mencari buah salak yang bagus.

Kalau Pela, mesti suka bercerita tentang bola dengan Pak Sarindi. Dan Pak sarindi pon mesti la tak mahu kalah dengan Pela dalam bercerita. haha. Pak Sarindi pon memanggil Pela sbg Pela, tidak seperti org lain yg memanggil Pela sbg Nadiah. Kelakar juga bila terkenang gelagat Pela dan Pak Sarindi. Ada sahaja yang Pela nak kenakan pada Pak Sarindi. Masih teringat dialog beliau yang famous kalau kami semua pulang Malaysia "Kost jadi sepi. tiada siapa2." Beliau juga seorang bapa yang penyayang. Pernah sekali beliau curhat kepada kami, menyatakan anak nya sangat teringin untuk beli handphone. Tapi dia tiada duit untuk beli. Sedih juga terkenangkan, anak 2 beliau semua tidak bersekolah kerana kemiskinan.

Sekarang beliau sudah pergi, sedih tapi kita tetap harus menerima hakikat walaupon pedih. Jasa dan budi beliau akan selamanya dikenang. Al-fatihah


Monday, April 21, 2008

Demi Masa

with words we can conquer the world

Baru je tadi saya menyenaraikan senarai kegiatan saya di waktu petang. Ternyata sangat padat.haha. Meh saya cakap knape sgt padat.

Isnin : Free. Might have possibilities to go for aerobic if I'm not fasting
Selasa :Tahsin
Rabu :Kelas Jawa
Khamis:Tahsin
Jumaat:Tarannum
Sabtu : Kelas Bahasa Jawa 2
Ahad : Kelas Tarannum(jam 8)& Taruna(jam 1)

Dan semua itu bermula sama ada jam 3.30 atau 4 ptg.Hahaha..3rd year yang bizi ditambah kegiatan kokurikulum. Tapi hanya satu perkataan yg berjaya membuat kan saya tetap konsisten pada semua perkara di atas.. SUKA..yep. sy suka. Bukan sbb saya x suka belajar..sikit la.. tp saya stress. jd saya kena buat semua benda2 atas ni untuk release stress. Dan saya masih boleh terpikir pula untuk ambik kelas Piano dan kelas Bahasa Jepun..hahaha. Tp rasanya saya terpaksa melupakan. sbb saya rasa seperti tiada masa untuk diri sendiri.

.:Kelas Tahsin:.
Saya dah ikuti kelas tahsin ni sejak beberapa bulan yang lalu. Walaupun, saya memang sudah pernah ikuti kelas tajwid sebelum2 ini di sekolah, di rumah. Tapi tetap tak sama dengan yang ini. Sebabnya, terlalu banyak benda baru yang saya belajar. Cara menyebut huruf dengan betul. Kalau sebelum2 ini, kelas tajwid yang saya ikuti tidak terlalu detail cara penyebutannya. Tapi di kelas tahsin ini, saya belajar cara menyebut huruf dengan betul. Pada mulanya, saya agak ragu dengan cara pengajaranyya, tp setelah diberi penerangan dan mmg terasa perubahan setelah belajar, saya terus tidak berasa ragu lagi.hehe. Sekarang sudah habis belajar tajwid. Setelah ini akan dilanjutkan dengan pengajian tafsir. Yeayy. saya paling suak belajar tafsir. sbb dalam masa yg sama, saya boleh belajar Arab sekali. antara surah2 dlm Al-Quran yg jadik feveret saya ialah, surah Yusuf dan Surah Al-Qasas.


.:Kelas tarannum:.

Saya dah menghadiri 6 kelas tarannum. TERNYATA ianya kelas campur. Saya suka belajar tarannum, tp kenapa ianya harus campur lelaki dan perempuan. Come on la. Gimme a break. It's not that i hate boys, but to be truth, it is not comfortable to be in same class with the boys, especially this is about learning Al-Quran. Ever since then, i've tried quite hard enuff to find more female friends to join the tarannum. So far i have succeed influencing toyy,Aisya, and Ida. Still a few more sits to go. The full house is 10. So total of female participants including Indonesian , there are about 7 person. Still got 3 more..hehe..And i'm trying to influence Pong, and certain juniors to join..hahahaha..i hope i will succed..IAllah. This is because i wanna open private class for the girls.

My feveret Qari..wink..=)


.:Kelas Jawa:.

To tell u the truth, i actually take 2 classes of Javanese Language. 1st one is from PKPMI and the other class from BEM. I purposely take both because both have different style. The one from BEM teach u from clinical aspect, but the one from PKPMI is a basic one.

.:Taruna:.

Kelas taruna ni free. Jadi sangat rugi kalau tak pergi. Belajar tafsir al-Quran dari Ibu Umar. Best.Tenang. Tapi saya slalu tak pergi.sbb saya MALAS..hahaha..kejinya mengutuk diri sendiri. penat la..huhu.

Wednesday, April 16, 2008

That Dawn

with words we can conquer the world

Lama nyer saya tak update. Baru lah dapat masuk blogger.com ni. Ya ampun. Internet ku mcm haram sgt lembab. Maaf la ye. Banyak sangat sebenarnya saya nak update. Tapi dah x boleh update, so x de mood plak nak cerite. Time excited2 nak cerita la internet buat hal. Adoii. Rotan karang baru tau..

Dari semalam, ada banyak je benda nak digelakkan. Hari ni pon begitu. Saya dah jadik ceria balik, despite the burdenness of taking double block. Sangat berat ok!. huhu. Rasa nak nangis pon ade tau. Semalam, terasa dengan sangat nak nangis. Kenapa, sbb saya rasa tersangat stress. Ada byk perkara jugak la buat saya stress semalam. Pertama, tutorial. entah kenapa, saya jadik stress pulak biler tau sape tutor saya. Kemudian biochemistry. I hate Biochemistry so much. Dan saya ada skills lab pulak, yang mnyebabkan kelas smpi petang. Kemudian disambung pulak kelas Anatomy..Huarghh..Memang rasa nak menjerit je semalam. Tapi saya jerit dalam hati.

Tapi, itu hanya dlm fikiran je. Sebenarnya yesterday wasn't that bad. Shukur i've recited ma'thurat at the beginning of the day. So i feel like been guided and my tutor turned out to be sooo sweet. Did some jokes too. haha. funny though. Plus, the skills lab Dr was so cool. He did show us a video of child labour. and he is charming. And the Anatomy class was fun because of Dr Santosa. So u see it wasn't that bad. It was just I have soo many things to do yet too little time.

Oh ya, and a day before, I made mi kari. Sorry for the girls who didn't get it. I'Allah next time maybe. I just did it to break my fast. Thanks to K.jim btw, who taught me of how to make mi kari. It was delicious..hehe. Perasan la saya ni. Next time should be Belle's turn.hehe. I asked her to make 'Mi Rebus' and 'Puding Roti'. Yeehaa..hehe. mention this purposely to make the boys jealous especially Enchik Kuden..haha. Now my fridge is empty. No more things left. Yet too flat broke to buy groceries.huhu..waiting for 25th.hehe.Gambar hiasan je..hehe

And today, my day is quite good. My moods are good. Everything went smoothly. I didn't skip any class. Don't want to get another reprimand letter. And today K.jim tinggalkan saya. K.jim, jgn lupe tau pesan aku.hehe.Mesti ko dah lupe ape aku pesan.huhu. Kalo lupe nnt x dapat hadiah besday...hahaha.. And this morning i've watched the news on TV3 about malpractice doctor in Kajang Hospital. It does make me nervous of how to be a good doctor. The case was about a baby died due to the mistakes done by the Doctors there. The parents had told the Dr that the mother does have Diabetes Mellitus. So complication is expected. And the size of the baby considered as large. The weight was 3.6 kgs. So what happened was, the dr didn't do Ceasarean Section. May be they were expecting the pelvic inlet was large enough but turned out to be that the baby's cranial or head and shoulder had quite major fracture. So the baby died right after born. Can't be saved. Seriously there's nothing u could do to rectify ur mistake. Huhu. Scared huh?.

And this evening i've phoned emak. Meminta kata semangat to boost up my day. Emak ada di Jabatan Perdana Menteri. Cakap pon bisik2 je.huhu. Sibuk benar mak saya ni. Bak kata pakcik saya, "Pak cik yg Dr ni pon tak bizi mcm mak kau". Hehe. Tak pe mak, nanti Nor dah kerja nanti, mak duduk rumah je tau.hehe. Love emak always. Sebak sekejap. Homesick datang balik. K.Nazia pujuk pliss..hehe.

Ok close case. The lesson is, better be careful. This is about dealing with life. Oh Allah help us to become a good muslim and muslimah doctor. Amin. Ok then. I think i've typed long enuff.. Got too many stories too tell.hehe. but can't do it right now.

Nota jari: Hari ini, kita bersyukur. Hari esok tambahkan kesyukuran. Dengan Nikmat pemberian Allah. Itu sifat seorang hamba. (Lagu nasyid masa sekolah2 dulu. Tak ingt ape nama grup nasyid ni.)

Tuesday, April 08, 2008

Sihat sebelum sakit 2

with words we can conquer the world

Hari ni, saya demam lagi. Penangan Hujan n Sisterhood Party kot. huhu. Pening, Flu, Sakit tekak, mmg simptom2 biase la tu untuk demam. Pagi td, saya amik pil flu..huarghh..kesan mengantuk dier smpi skrg terasa.hebat kan.ubat ape?lupe nak tanye Qilah.huhu. dah 2 hari tiada selera makan. Semalam saya menjamah semug milo ngan cereal 2-3 sudu. tengahari mkn nasik pecel.x selera.paksa jugak, takut nnt x bertenaga. Saya dapat la habiskan suku je. Hari ni pulak, saya mkn nasik..x habis jugakk..huhu..ini mmg bukan diri saya yg sebenar. selalu, kalo nasik tu x sedap pon, saya mesti bley habiskan. Tapi tidak kali ini.huhu.

Malangnya, saya akan mengambil exam Anat hari Sabtu ni, dan byk materi perlu direvise.Dah la saya bace lembab. adoi.Ya Allah, permudahkan lah urusan. Hari ni kena baca Pathology Anatomy. Tidak lg menjadi Subjek kegemaran saya. Dulu suka jugak, tp biler dier jadik strict ni, malas pulak..huhu.jgn malas2. Biochem report lagi untuk Blok 4.huhu.camaner ni.ok2..cool2..

Sebgi akibat demam td, saya amat lembab nak digest ape org lain ckp dlm pale otak ni. So sorry jika saya agak moody, dan x faham pon apa yg anda ckp.huhu.ok lah, nak gi sambung study PA, n kena makan Scott's Emulsion.chaiyok..

Monday, April 07, 2008

Sisterhood Party 'O5

with words we can conquer the world

Hari Sabtu yg lepas kami buat BBQ party.. Frankly speaking it was awesome. Wif the lawak x kering gusi from the girls..haha..we should do this again at least twice a year. Love the people, and for surely love the food..Ayam BBQ sedap kannnnnnnnnn?anak sape la yg buat ni ek..hehehe. But the Mashed Potatoes and Nasi Ayam were also great and superb. I shall write no more. Just see the picsAyam BBQ yg super sedap

Mashed Potatoes and Gravy..superbb

Us..almost.kitorg lagi..

makan2..nyum nyum


ok.till next sisterhood party ya..hhehe..i am so can't wait..

Thursday, April 03, 2008

Black

with words we can conquer the world

Sebenarnya, kelmarin itu saya nak tukar layout blog ni. Asyik hitam je. Huhu. Tapi Kuden kate, "Let it be black. Hitam itu Misteri. Doyot kan misteri". Saya tergelak. Misteri kah aku??hahaha. Tapi apa2 pon saya masih belom menjumpai layout yg sesuai. buat masa ini, masih nak mengekalkan layout hitam ni. Saya yg misteri. Mungkin ada betulnya jugak kot apa yg Kuden cakap. Saya kadang2 rasa saya x revealkan pon apa yg sepatutnya saya revealkan. Ada perkara tu saya lebih suka simpan dalam hati. Walau macamana rapat pon org itu dgn saya, kalau saya x nak bagitahu, maka ia akan terus jadi rahsia. Tak hairan, kalau ada rakan2 saya masa sekolah menengah yg x tau sesetengah perkara tentang saya. Sometimes benda tu general, tp saya x suke org lain tahu. Hahaha.. saya yg pemendam. Biarlah. Tak mengganggu hidup org lain pon. Buat ape nak tau. Buat hal masing2 sudah. Nak kata saya pendiam pon, saya x kisah. Nak kata saya jahat pon x kisah. Nak kata saya apa2 pon katalah. Tapi saya tahu satu perkara, Allah lebih Mengetahui saya.

Hitam definitely is not my favourite colour. Kat rumah nenek saya ade kucing hitam, nama die Blacky. Saya yg bagi nama tu. sampai sekarang lekat nama blacky tu kat dier.mmg black betol. Xde tompok2 putih pon. Blacky dulu cinonet je, skrg biler dah jadik mak org, jadik debab sikit. Ape lg nak citer pasal hitam, oh ye. Kereta di rumah warna hitam. General colour la untuk kereta kan. Nampak cantik siket. Hp saya kaler hitam. Byk plak benda hitam. Dulu di Asasi saya akan pakai baju kaler hitam hampir setiap hari Jumaat..kenapa..haha.Zam tahu kot ni.

Banyak definisi tentang hitam. Ade yg kate hitam itu kemas. Hitam itu Unggul.Hitam itu hitam lah. Hitam itu menyerap cahaya. Haahaha, dlm tutorial saya ade org nak Super Power ni. Super Power Hitam, sbb menyerap cahaya.hahaha.lawak2.Pawaah(bc:power) tuuu..Super Pawaahh.Ada yg x suke jugak hitam ni. Ada yg kata hitam itu pembawa sial(tah mane dtg pon, x tau. Warna x bersalah. jgn salahkan warna.) Ada yg kata hitam itu kotor. Ada yg kata hitam tu menandakan ketidak apa-apa lg tah. Tapi tidak semua perkara hitam itu negatif. kalo kite berfikiran positif, mesti kiter akan jumpe byk kepositifan hitam ni. Macam Habbatus Sauda'. Biji Hitam yg menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Hajarul Aswad, yg batunya wangi utk dicium, tp batu ni x membawa apa2 manfaat pon. Sekadar mengikut sunnah nabi.Maka dapat la pahala. Awan hitam, memnandakan hujan nak turun. Kopi hitam, maksudnye kopi tu sedap la kot. Rambut hitam bersinar, maksudnya rambut tu sihat. Kalau kulit hitam berkilat pon, ade jugak manfaatnya, mengurangkan risiko skin cancer. Jadi ianya subjektif. Terpulang kepada andaian masing2.

Nota jari: esok saya start kelas tarannum.huhu.Adakah gabung, saya pon x pasti.

Tuesday, April 01, 2008

Evaluasi diri

with words we can conquer the world

Hari ni adalah 1 April. saya teringat kolej.hehe.ade je plan nak kena kan org.hehe. Tapi, hari ni saya nak buat satu evaluasi tentang diri. Evaluasi diri di Suku Tahun Pertama. haha. Ingt ekonomi je ke ade Suku Tahun Pertama. Saya pon ada jugak tau..

Pada awal tahun kelmarin, antara azam saya ialah

.:istiqamah membaca setengah juzuk dan lebih Al-Quran dlm sehari:.
ermm, nmpknye mcm ok, tp masih ade tinggal2 lagi. tinggal lagi saya sdg cube berazam untuk hafal satu ayat Al-Quran satu hari, dan betol, agak susah dilaksanakan, sbb terkdg iman jd futur..huhu. Chaiyok doyot Chan.

.:Lebih organize:.
Haha, hari ni telah membuktikan saya fail untuk melaksanakan azam ini. Saya dengan penuh tak sengaja terlupa pergi Lab Biochemistry.haha.Tp sedikit sebyk, saya sdg cube merubah diri. Saya ade buat jadual untuk diri yg makin bizi ini.. Serius, saya makin sangat bizi..Kalo tak organize, mmg semua saya buat tak jalan.huhuuhu

.:Tak bertangguh lagi:.
Err,seriously, sedang berusaha untuk sangat tidak bertangguh. Tp ttp saya bertangguh, slalunyer sbb saya terlupe..huhu. contohnyer, saya spttnyer hntr comforter saya sejak seminggu yg lalu ke laundry..huarghh..misi yg tidak tercapai..adoii. i need time for myself, really.

.:decrease some kgs:.
haha, ni lah satu2 nya azam yg saya rase, saya x berusaha langsung untuk buat.Effortless, effortless, and effortless

Ya Ampun, nmpk cam sumer tak berjalan je azam tahun baru ni.Baik x yah berazam. owh, tidak, saya ttp akan berusaha. Berusaha tangga kejayaan.hehe. Semngat Doyot..