Friday, November 02, 2007

the story of 3 young men

with words we can conquer the world

tajuk macam ye ye je kan..actually planning to update the blog since a long time ago, but only today got the chance to do it..due to the internet yg super lembab mcam kura kura cacat..huhu..so basically rite now tgh cube menghabiskan buku Ubat Hati by Siti Nor Bahyah Mahmood..great book it is..baru half way..pinjam dari Keri yg comot..ehehe..So in this book ade satu citer pasal 3 pemuda yg terperangkap kat dlm gua. pernah bace cerita ni mase kecik2 dulu..kinda one of my firstbook during childhood..i wasn't a bookish child as far as i remember..huhu..so here goes the story..

Keikhlasan 3 pemuda:

Diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim menceritakan, pada satu hari ada 3 org pemuda mengembara and terpeangkap kat dalam gua. Kemudian mereka pon berdoa dan berkata mungkin dengan menceritakan keikhlasan yg pernah kite buat, mungkin dapat mengalihkan batu yg menutup pintu gua itu. Kemudian berceritalah pemuda pertama:

Pemuda pertama adalah pengembala kambing. Susu yg diperoleh dari kambing itu akan diberi kepada orang tuanya terlebih dahulu sebelum diberi kepada isteri dan anak anaknya. Walaupon anaknya menangis kelaparan dia tetap akan mengutamakan ibu bapanya. Dan die berdoa yaAllah jika itu adalah amalan ku yg ikhlas, maka alihkan lah batu tersebut. Biiznillah batu itu pon bergerak namun tidak cukup untuk mereka keluar. Maka berceritalah pula pemuda kedua

Pemuda kedua:
Dia terpikat dengan anak pakciknya yg sangt cantik. Lalu satu ketika die tidak dapat menahan diri lalu cuba menggoda anak pakciknya itu. Maka berkatalah perempuan itu" tidakkah kamu takut kepada Allah, Masih ada cara yg halal iaitu berkahwin denganku.'' Lalu pemuda itu terus melupakan keinginannya dan insaf. Dia berkata " Ya Allah jika itu adalah amal ikhlasku yg terbaik, maka Kau gerakkanlah batu itu.' Dan dengan iziin Allah batu itu bergerak, namun masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari lubang itu..

Pemuda ketiga lalu bercerita:
Dia mempunyai pekerja yg tidak menuntut wang gaji dia, tetapi pemuda tersebut menyimpannya dan membeli seekor kambing dan dipelihara hingga anaknya banyak. maka pada satu hari pekerjanya itu pon datang untuk menuntut wang gaji tersebut kerana kesempitan wang, maka Pemuda itu pon menunjukkan satu lapangan luas yg penuh dengan kambing. Si pekerja tadi terkejut dan menyangka tuannya hendak mempermainkannya, tetapi setelah diterangkan buruh itu sangat terkejut dan menerima kambing2 tersebut. Dan pemuda itu tidak mengambil seekor kambing pon..Lalu pemuda itu berdoa. Ya Allah jika Engkau redhai perbuatan saya itu sebagai satu amal kebajikan, maka berilah pertolongan kepada saya supaya saya dapat keluar dari gua ini.

Lalu bergerak lah batu itu keluar dan mereka dapat Keluar dari gua itu dengan selamat..

Ermm..nak menceritakan betapa besarnya balasan org yg berikhlas dalam amalannya, dapat membantu di waktu kesusahan..

Dan perlu hati yg baik sbb ini yg akan membantu kiter untuk ikhlas dalam beramal. Ada 3 petua menyuburkan hati ; seorang hakim berkata, jangan memikirkan 3 macam pekara;

  • Kemiskinan sebab ia akan menyebabkan kerisauan dan menambah kerakusan
  • Perbuatan org yg telah menganiaya kamu, nescaya akan menambahkan kekerasan hati kamu dan kedengkian serta melanjutkan marah kamu
  • Ingin tetap tinggal di dunia sebab ia akan menggemarkan kamu dalam menghimpunkan dunia dan memperbanyakkan amal perbuatan yg melalaikan dari mengingati akhirat..

No comments: