Kisah bapa yg bertaubat kerana si anak
with words we can conquer the world
Semalam, slpas berbuka pose dgn Ibu Umar, saya dan rakan2 sempat solat tarawih di Masjid Kampus..hehe.best la malam2 rempit..opss..bukan itu yg saya nak cakap, smlm, ust tu ade bagi ceramah ttg Riba'. Dimana terdapat 4 peringkat pengharaman Riba'. Dan dier ade sebut dlm Surah At-Tahrim..Riba mmg semua org dah tahu, adalah haram. Dan makan dari sumber yg haram, akan menyebabkan doa kiter tidak termakbul. Jadi Ulama' pada zaman dahulu memberi fatwa, x pe ambil riba' kalau dalam keadaan darurat, tapi sekranag fatwa tu ditarik balik sbb dah x boleh diaplikasikan sekarang..huhu..Ustaz tu kata..'saya mau tanya, berani tak kalo mahasiswa2 yg ada ni tanya pd ibu bapa kiter balik, apakah sumber yg ibu bapa kiter dapat tu dari yg haram atau yg halal..huhu..nak dibuat cerita pulak, ibu bapa tu kata dari sumber yg haram..hahaha..ko nak buat ape..x yah bagi wang saku..'huhu..mungkin tu yg jawapan dr certain ibu bapa, yg mmg tau mereka amik dari sumber yg haram..Tapi ustaz tu bagi satu cerita:
dulu, ade seorg pembuat cerita pornografi, hantar anak dier ke pesantren(sekolah pondok), ironik giler, lepas tu, setelah si anak belajar di sana, balik rumah..Tapi sampai saat makan dier x kan makan kat rumah, dier makan kat rumah jiran. Lepas tu, satu hari bapak dier perasan, n tanye..'Aku lihat kamu nga' pernah makan di rumah.Emangnya kamu makan di mana?' Pastu si anak pon jawab' Saya makan di rumah jiran, sbb saya x mau makan dari sumber yg haram. bapak kan pembuat cerita porno'.pastu bapak dier kate'Lho, emang dari mana kamu tau bapak buat cerita porno. harus ada bukti dong.emang kamupernah nonton'hahaha..kureng bapak dier ni kan. Anak dier jawab 'Nga' aku mmg belum pernah nonton, tapi aku tau dari org ramai.Dan aku ttp tidak akan makan dari sumber yg haram tu'
Maka bapak dier pon kate 'Untuk apa aku bekerja seharian, mencari uang untuk anak ku, kalo anakku sendiri nga' mau makan dari hasilku.oleh itu, aku akan berhenti membuat cerita tersebut.' Begitulah kisah dier..huhu..
Hak terutama dan yang tertinggi : adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-
فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya (dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)
Hak kedua : adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.
Hak ketiga : adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi.
Sabda nabi SAW :
لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف
Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)
Hak keempat dan yang ke seterusnya : adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.
Sumber Nur Iman Di Bumi Korea
No comments:
Post a Comment