Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, March 11, 2008

politikus, tikus, hetty koes endang

with words we can conquer the world

Rasanya sepanjang 2 hari yg lepas, asyik berckp pasal politik je. Kadang terasa bosan. Bukan bosan sbb topik ini tidak menarik, tp bosan apabila berkata dan mendengar perkara yg tidak perlu. Mmg menarik, yang sampai kalo bincang smpi esok pagi pon tak sudah. Tp pada saya, perlu buka mata, telinga dlm hal2 ini. Tidak adil rasanya untuk dengar sebelah pihak sahaja. Dan tidak adil kepada diri sendiri untuk mengikut dan mengiyakan apa yang orang lain kata. Semua ada pendapat mereka sendiri. Ada yang extreme, ada yang tak tau ape2, ade yang main ikut ikutan, ada yang rasa ni tiasa kaitan ngan mereka. Tapi, rasanya di usia 21 tahun dan ke atas ni mmg patut untuk ambil tau, dan kisah tentang negara. Risau tu patut ada. Kita harus cari tahu. Baru lah boleh menegakkan apa yg kita sokong. Saya tidaklah mengatakan saya jagoan dlm bidang politik, hanya sekadar tahu apa yg perlu tahu.

Kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional adalah sesuatu yg diluar jangkaan byk orang. Bagus sebagai check n balance. Mereka kini harus berpijak pada bumi yang nyata. Perlu lebih berhati2. Perlu buat kerja. Dan perlu lebih baik dlm segalanya. Siapa mereka ni. KERAJAAN dan PEMBANGKANG. Kerajaan perlu semak semula kerja mereka, sbb dgn jumlah PEMBANGKANG yg byk dlm Parlimen, mmg menyukarkan mereka untuk buat kesalahan. Segala perkara akan diteliti tajam oleh Pembangkang. Dan Pembangkang pula harus berusaha lebih berusaha untuk mencapai manifesto tersebut. Walaupon tak dapt ditegakkan, tp ttp harus berusaha. " Verily, after hardship there is a relief."Dan jgn taksub dengan parti politik sendiri smpi tak nampak kesalahan, dan tak nampak kebaikan org lain. Sampai memfitnah dan mencaci cela. Itu namanya tidak profesional. Ingt kita tidak Islam hanya pada nama.


ok dah.ni cam dah membebel je.hehe. .ok, sori2 kalau terguris hati, terkasar bahasa. Moga Malaysia terus damai, aman makmur. Amin